Buasir

Tuesday, 18 February 2014

THROMBOSED PILES


Komplikasi bengkak dan pendarahan di dalam tisu buasir

KEADAAN PILES YANG AMAT MENYAKITKAN.

Anda mungkin ada buasir di perengkat 3 ataupun 4 ataupun cuma buasir external sejak  beberapa tahun ini namum tidak menjadi masalah besar ataupun tiada menyebabkan kesakitan kepada anda, cuma rasa kurang selesa sahaja dengan adanya bonjolan buasir tersebut.

Keadaan boleh berubah dengan tiba -tiba sahaja, apabila buasir anda membengkak dan menjadi teramat sakit. Anda pasti bingung memikirkannya kenapa terjadi begini? anda akan cuba mencari punca nya , yang sering kita salahkan adalah pemakanan yang anda ambil sebelumnya atau aktibiti-aktibiti yang anda lakukan sebelum terjadinya kesakitan tersebut.


Sebenarnya 'Thrombosed piles' terjadi adalah kerana berlakunya pendarahan didalam tisu buasir tersebut dan menyebabklan ia membengkak, keadaan ini akan menyebabkan terasa sakit yang amat sangat. Pesakit biasanya sampai tak boleh berjalan, berdiri ataupun baring juga terasa sakit yang berdenyut-denyut. Keadaan ini akan berterusan berminggu-minggu dan kadang-kadang berlaku kebocoran ditempat yang membengkak tersebut dan darah cair serta darah beku akan terkeluar perlahan-lahan.

Ibu-ibu yang sememangnya ada menderita buasir di peringkat 3 dan 4 ataupun buasir external adalah lebih mudah untuk mendapat keadaan 'thrombosed piles' apabila beliau hamil di sekitar kandungan 4 ke 8 bulan. Ini terjadi mungkin disebabkan perubahan hormone ataupun tekanan oleh kandungan yang semakin membesar berserta dengan masalah sembelit yang kerap terjadi. Biasanya ibu hamil yang mendapat thrombosed piles ini akan betul-betul menderita kesakitan dan apabila beliau pergi ke klinik ataupun hospital, doktor akan memberitahu puan sekarang sedang mengandung jadi kita terpaksa tunggu sehinga puan melahirkan kandungan baru buasirnya boleh kita buat pembedahan. Doktor doktor hanya akan memberikan ubat penahan sakit, Daflon, suppositiry dan uabt lactulose(pelembut najis).

Banyak ibu-ibu hamil yang datang meminta pertolongan rawatan untuk masalah thrombosed piles ini di Klinik Safute BEIM, memang kita akan memberitahu mereka bahawa pembedahan buasir puan sebaik nya dilakukan setelah beranak nanti tetapi masalah kesakitan yang disebabkan oleh keadaan 'thrombosed piles' ini boleh dilakukan 2 tindakan segera iaitu;






         i. Pembuangan darah beku di dalam tisu buasir dengan hanya melakukan sedikit torehan untuk membuka                 laluan keluar darah beku tersebut. Ini dilakukan setelah suntikan setempat ubat pelalian di lakukan pada               kawasan thrombosed piles tersebut.

         ii. Pembuangan keselurohan thrombosed piles tersebut dengan teknik Safute BEIM. Ini dilakukan setelah                 suntikan setempat ubat pelalian di lakukan pada kawasan thrombosed piles tersebut.

Setelah salah satu teknik rawatan diatas selesai pesakit akan merasa lega dan tidak menderita lagi kesakitan untuk berdiri, berjalan atau berbaring.

Buasir lain yang maseh ada dinasihatkan untuk di buang setelah selesai beranak nanti.


No comments:

Post a Comment