Buasir

Tuesday, 21 August 2012

RAWATAN BUASIR


Buasir perengkat 1,2 dan 3

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.

Ubat membantu pengecutan buasir seperti Daflon, ubat tahan sakit serta ubat suppository (anucare) untuk dimasukkan ke dubur adalah antara rawatan biasa yang ada untuk buasir.

Pengubatan dengan ubat hanya bertujuan untuk mengurangi gejala buasir itu sahaja. Hal-hal yang biasa dicuba antaranya adalah rendam dengan air suam  selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository (anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu tertentu. Pencegahan rekurensi buasir atau hemorrhoid dilakukan dengan cara mengurangi tekanan di kawasan rectum dan meneran kerana konstipasi.

Biasanya doktor akan menganjurkan untuk meningkatkan konsumpsi serat dan cairan. Minum serat yang tepat dan minum air 6-8 gelas sehari dapat membuat najis lebih lembut. Najis  yang lembut membuat proses defekasi lebih mudah dikeluar. Proses meneran yang minimal membantu mencegah buasir membonjol. Sumber serat yang baik antaranya adalah buah-buahan dan fiber “whole grains”. Sebagai tambahan doktor mungkin juga akan memberikan ubat melembutkan najis yang berfungsi membuat najis lebih lembut atau suplemen serat seperti psylium atau methylcellulose.



RUBBER BANDING (Mengikat Dengan Getah)


Ikatan dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir  ke kawasan yang tersepit dan akhirnya  kawasan tersebut akan mati dan terlepas sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama najis semasa membuang air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi ulcer dan mengambil masa seminggu untuk pulih semula.


Teknik ini adalah sangat sesuai hanya untuk buasir dalaman perengkat I dan II sahaja dan dapat dilakukan di bilik rawatan klinik sahaja. Buasir perengkat III, IV dan buasir luaran tidak boleh langsung dirawat dengan teknik ini.




INJEKSI SKLEROTERAPI

Untuk mengecutkan  buasir dan pembuluh darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membrane mukosa di pangkal bonjolan buasir, cara ini hanya efektif untuk buasir berukuran kecil perengkat I.Untuk perengkat  2 hingga perengkat 4 dan buasir luaran, teknik ini tidak sesuai digunakan kerana terbukti kurang efektif





SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)

Peralatan kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super freeze’ bonjolan buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena nitrogen cair mati dan terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang pulih dalam 1ke 2 minggu. Teknik ini efektif bila digunakan untuk buasir luaran (external) sahaja.


KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR

Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid.
Specialized Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga efektif untuk menghentikan perdarahan.

Kelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan.

Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’ ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya fistula dengan menggunakan terapi ini.


HEMORRHOIDOLYSIS

Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman sahaja.

Teknik ini tidak boleh digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain itu memerlukan terapi lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang dikehendaki.


HAL (HEMORRHOIDAL ARTERY LIGATION)

Hemorrhoidal arteri ligation (HAL) diilakukan dengan menggunakan proktoskop yang digabungkan dengan ultrasound Doppler. Jarum dan benang dijahitkan ke bawah arteri .Kemudian diikat sehingga peredaran darah ke kawasan buasir atau hemorrhoid dihentikan.

Teknik ini sama dengan teknik ligasi ikatan getah iaitu menghentikan aliran darah ke kawasan buasir. Teknik ini sangat efektif dan tidak memerlukan pembedahan,dan biasanya buasir akan berkurang tetapi    buasir masih tetap yang ada dan memerlukan lebih dari satu kali procedure dilakukan.



STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles surgery

Teknik rawatan menggunakan  ‘circular stapled’  ini adalah antara yang terbaru dan tidak begitu menyakitkan dan lebih cepat penyembuhan, Cuma masalahnya agak terlalu mahal. Pemotongan dilakukan dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm akan di buang dan di hubungkan semula dengan stapled  secara ‘circumferential’.
Disebabkan ‘circumferential cut’, kesemua buasir seolah-olah dirawat dengan terangkatnya keseluruhan ‘anal cushion’ sekitar 2.0cm, Cuma ‘skin tags’ dan buasir luaran tetap tidak hilang.  Komplikasi pendarahan, fibrous stricture of rectum, spasm of anal canal,  dan termasuk juga infeksi di dalam Abdomen serta kebocoran rectum.


KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY

Pembedahan buasir adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan. Kebanyakan pesakit mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan ataupun saudara yang pernah menjalani pembedahan haemorroidectomy menderita kesakitan bermingu-minggu selepas pembedahan terutamanya sakit yang amat sangat ketika membuang air besar dan selepasnya serta  ketidak selesaan untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6 minggu.

Pembedahan Haemorroidectomy ini adalah teknik yang biasa dilakukan dan ianya merupakan teknik ‘gold standard’ didalam rawatan buasir. Pembedahan buasir adalah dilakukan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan. Bahagian kulit yang di potong ini kebiasaannya tidak di jahit semula dan dibiarkan terbuka sahaja untuk proses pemulihan secara semula jadi berlaku.

Pangkal buasir dan beberapa sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan bagi menghentikan pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan pesakit terasa teramat sakit selepas pembedahan terutamanya hendak membuang air besar dan selepas nya. Ini disebabkan struktur dubur adalah dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’, sebarang jahitan atau ikatan akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika anal spchinter dibuka atau pun ditutup.

Luka yang terbuka ini akan sentiasa menyebabkan kesakitan dan juga mudah terdedah kepada risiko infeksi serta pendarahan. Jahitan kepada luka tersebut tidak digalakkan untuk mengelakkan terbentuk ‘abscess’ dan ‘anal stricture’.

Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kesakitan pembedahan buasir, antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric knife’, ultrasonics machines dan laser tapi ‘healing’ dan kesakitan tetap menjadi masalah utama. 




RAWATAN OLEH TABIB CINA DAN AYURVEDA


Ramai pesakit-pesakit yang menderita buasir kecewa dengan memakan ‘Daflon’ dan menggunakan ubat peluru tidak juga baik-baik dan untuk dioperasi mereka takut, akhirnya mereka mencari rawatan-rawatan  yang terdapat di internet.



Ketahuailah kebanyakan rawatan alternatif yang banyak diiklankan di internet adalah merupakan rawatan yang tidak di amalkan oleh doktor-doktor perubatan bertauliah. Bentuk rawatan yang biasa mereka lakukan adalah dengan memberikan herba-herba tertentu secara pemakanan atau minuman bagi mengecut dan mengurangkan kesakitan serta persediaan krim campuran herba untuk disapu kepada tempat buasir tersebut.


Terdapat juga pengamal perubatan alternatif ini yang lebih berani dengan menggunakan kaedah suntikan sclerosant, Ligasi atau pun kriogenik seperti yang diterangkan diatas. Rawatan ini seharusnya hanya boleh di amalkan oleh doktor yang bertauliah sahaja kerana kesan sampingan dan komplikasinya yang boleh membawa kepada mudarat yang teruk. 



RAWATAN DENGAN LASER SAFUTE BEIM


Kesemua rawatan buasir diatas ada kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri, manakala Laser Safute mampu menawarkan rawatan yang terbaik dengan menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih dalam perawatan buasir.



Laser Safute BEIM membuat bonjolan tisu buasir menjadi kering, keras dan membeku dengan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement) sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun tertutup oleh kolagen yang dicairkan sehingga menyebabkan rasa sakit yang amat berkurangan.



Doktor juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98% pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.





Singkatannya Safute BEIM seselamat cara rawatan buasir tanpa surgery tetapi memberikan kesan yang sama dengan kesan rawatan surgery dan dengan pembiayaan yang jauh lebih rendah  kerana tidak perlu rawatan di Hospital. Bahkan pesakit boleh pulang dan kesakitan dan pendarahan selepas rawatan safute BEIM adalah minimal dan  hampir 0%.





Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com








5 comments:

  1. Buasir perlu dirawat sebelum menjadi kronik

    ReplyDelete
  2. Saya tak paya operet buasir...saya sembuh pakai ubat dr yusuf...
    Info lanjut hub wa dr yusuf 0853-6167-5232

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf nomor kontak saya yang 0853-6167-5232 sudah non aktif. Karena hilangnya Hp saya.
      Sekarang saya pakai nomor 0813-4881-3797.
      Kalau mau berobat silahkan hubungi nomor baru saya.
      Trima kasih 🙏
      Saya Dr yusuf

      Delete