Buasir

Friday 14 September 2012

GAMBAR SEBELUM & SEGERA SELEPAS RAWATAN

KLINIK BUASIR SAFUTE


'Open Haemorrhoidectomy' adalah cara rawatan pembedahan yang dianggap sebagai 'gold standard' didalam rawatan buasir. Cuba anda bandingkan cara konvesional 'haemorrhoidectomy' dengan melihat gambar  sebelum rawatan dan sesudah rawatan di bawah  ini.
SEEBELUM RAWATAN

SELEPAS  'HAEMORRHOIDECTOMY'  

Keadaan selepas rawatan amatlah mengerikan dengan luka terbuka dan kesakitan yang amat sangat terutamanya jika mahu membuang air besar.


Ikatan jahitan untuk mematikan punca darah (kelihatan hujung benang hitam) akan menyebabkan 'tension' berlaku semasa pergerakan anal sphchinter untuk membuka lubang anus bagi membuang air besar ataupun  setelah selesai dan ini yang menerukkan rasa sakit.
                                                                                                                                             



Sebelah ini adalah gambar yang biasa terjadi setelah rawatan haemorrhoidectomy. Luka terbuka ini amat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk baik, boleh sampai 6 ke 8 minggu.


SEBELUM
Bayangkan sakit dan pedih apabila hendak membuang air besar dan selepasnya.
Pendarahan dan infeksi boleh terjadi bila-bila masa serta ini akan menerukkan lagi keadaan.

SELEPAS RAWATAN  SAFUTE


Dibawah ini pula adalah himpunan  gambar-gambar sebelum rawatan Teknik Safute BEIM dan kemudian nya gambar segera sesudah rawatan Teknik Safute BEIM dilakukan. Anda lihat sendiri, amat jauh bezanya hasil dengan rawatan TeknikSafute BEIM. 



Anda tidak perlu bimbang tentang pendarahan. Tiada risiko untuk berlakunya jangkitan kuman dan yang penting sekali kesakitan dan penyeksaan nya tidak seterok yang diatas. 


Tiada sebarang jahitan dilakukan jadi tidak akan terhasil sebarang 'tension' semasa pergerakan 'anal sphincter' untuk membuang air besar ataupun selepasnya.


SEBELUM  & SELEPAS  RAWATAN SAFUTE
SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE
















Seterusnya gambar-gambar sebelum dan selepas rawatan teknik safute BEIM.









SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE

SEBELUM & SELEPAS   RAWATAN SAFUTE
PERHATIKAN :


TIADA LUKA TERBUKA

SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE
SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE









TIDAK ADA SEBARANG JAHITAN








GUMPULAN BUASIR LANGSUNG HILANG SEGERA SELEPAS RAWATAN SAFUTE






BUASIR DI BUANG SEHINGGA KE AKAR UMBI NYA
SEBELUM 
SELEPAS RAWATAN SAFUTE


Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com






Thursday 6 September 2012

KONVESIONAL 'OPEN HAEMORRHOIDECTOMY'



Satu pembedahan yang amat menyeksakan

Haemorrhoidectomy adalah satu pembedahan yang dianggap sebagai 'gold standard' didalam pembedahan merawat buasir. Ianya dilakukan dibawah 'general anaesthesia' ataupun 'Spinal anaesthesia dan harus dilakukan didalam dewan bedah di Hospital.

Pembedahan untuk membuang penyakit buasir ini adalah dilaporkan sebagai suatu pembedahan yang paling menyakitkan. Banyak pesakit  mendengar cerita dan pengalaman dari kawan-kawan ataupun dari saudara mara yang pernah menjalanai pembedahan 'haemorrhoidectomy' tentang kesakitan dan penyeksaan selepas pembedahan terutamanya semasa membuang air besar dan selepas nya. Kesakitan ini berlarutan hingga 6 ke 8 minggu.

Proses haemorrhoidectomy adalah melibatkan pemotongan tisu buasir dari kulit lubang anus yang amat sensitif hingga ke bahagian dalam anal canal. Dinding kulit di keliling anus dan lapisan dalam anal canal adalah  seperti bibir dengan mulut kita, ianya sangat-sangat sensitif dan banyak terdapat deria-deria saraf. Sebarang pemotongan tisu disini adalah tersangat menyakitkan dan pasti diterukkan lagi oleh inflamasi dan infeksi yang berlaku.

Setelah tisu haemorroid di potong maka punca-punca urat darah perlu dijahit ataupun di ikat bagi mencegah berlakunya pendarahan yang berterusan dan banyak. Jahitan atau pun pengikatan ini akan menjadikan punca utama penambahan kesakitan sewaktu hendak membuang air besar, ini terjadi kerana struktur dubur adalah dinamik dengan pengembangan dan pengucupan. Jahitan akan menimbulkan regangan atau terjadi 'tension' semasa pengembangan 'anal spchinter' untuk membuang air besar dan juga pengucupan sesudah selesai membuang air besar.

Luka dari bekas pembuangan buasir biasanya tidak akan di tutup dengan sebarang jahitan dan luka ini akan terus terbuka untuk berminggu-minggu sehingga tertutup secara perlahan-lahan.

Disamping kesakitan yang berterusan, risiko pendarahan dan jangkitan kuman adalah terlalu tinggi dari luka terbuka ini. Luka dari bekas pembuangan buasir ini tidak dijahit kerana untuk mencegah risiko terjadi nya 'anal stricture' (penyempitan lubang dubur) ataupun komplikasi infeksi yang lebih tinggi seperti pembentukan 'anal abscess'.

Komplikasi lain yang boleh terjadi adalah 'anal incontenance', ini terjadi sekiranya sebahagian dari otot anal spchinter terpotong semasa pemotongan tisu buasir.

Berbagai cara dan teknologi telah di cuba untuk mengatasi masalah kesakitan akibat dari pembedahan haemorrhoidectomy. Diantaranya penggunaan diathermy, an electric knife, laser dan ultrasonic machine. Penggunaan ubat penahan sakit, anal muscle relexant, Botox dan pelembut najis tetapi kesakitan selepas pembedahan tetap menjadi masalah utama nya.

Kerana masalah ini banyak doktor yang menasihatkan pesakit cuba makan ubat dahulu dan mengambil polar pemakanan yang betul bagi mengurangkan masalah buasir tersebut. Kerana masalah kesakitan pembedahan ini juga menyebabkan kebanyakan pesakit buasir perengkat 3 dan 4 sanggup menahan ketidak selesaan, rasa malu dan menderita buasir berterusan.

Berbagai usaha lain mereka akan cuba seperti rawatan haemeopathy, traditional, herba, ayurveda, bekam ataupun Tabib China tetapi buasir ini akan tetap terus menghantui hidup mereka.





ANAL FISSURE

Kondisi Luka Kronik di dubur


Anal fissure adalah retak atau luka pada jaringan sensitif  lubang dubur. Penyakit ini dapat terjadi pada semua umur namun paling sering terjadi pada bayi, anak-anak dan orang dewasa di atas 60 tahun dan lebih sering terjadi pada perempuan dari pada laki-laki.

PENYEBAB

1.  Regangan anus yang melebihi kebiasaannya, misalnya karena najis nya sangat besar dan keras

2. Adanya keadaan di mana anus akan kehilangan elastisitasnya dan terjadi tisu fibrosis, misalnya ada polip, hemorhoid, skin tag (lipatan kulit yang tadinya normal kemudian menebal). Perkara  ini sering terjadi pada anak-anak yang sering meneran kuat, misalnya kesulitan buang air besar atau kecil.

3. Luka karena trauma daerah anus seperti aktibiti sex melalui anal.

GEJALA

1. Rasa sakit nyeri ketika mengeluarkan najis yang keras atau besar.

2. Ada kesan-kesan  darah merah di kertas toilet, seluar dalam ataupun pampers.

3. Gatal di sekitar dubur.


FAKTOR RESIKO
  • Sembelit.
  • Beberapa kehamilan. 

PENCEGAHAN

Anal fissure dapat di cegah dengan memastikan tiada masalah sembelit. Diantara perkara-perkara yang mudah dilakukan untuk mencegah sembelit adalah dengan minum air  sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, banyak mengambil makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan. Ubat untuk melembutkan najis berserta fibers juga dapat membantu.

Hindari dari meneran dengan kuat semasa membuang air besar dapat mencegah terjadi anal fissure ataupun menerukkan buasir.

DIAGNOSA DAN PENGOBATAN

Doktor akan mengambil sejarah perubatan pesakit dan melakukan pemeriksaan fisikal untuk mendignosa anal fissure. Ini biasanya sudah memadai, tetapi pemeriksaan anus dan rektum dengan anoscope ataupun sigmoidoscope mungkin diperlukan kalau ada masalah lain yang mungkin di fikirkan seperti Chron’s diseases atau kanser colorectal.

Doktor biasa tidak akan melakukan pemeriksaan dengan jari kerana keadaan anal fissure biasanya sangat menyakitkan.

Sekiranya mengambil serat, minum lebih air, bersenam dan mengambil pelembut najis maseh juga tidak berkesan maka doktor akan mencadangkan perkara berikut:
·       Fiber supplements. 
Mengambil fiber secara berterusan akan memastikan najis anda lembut dan mudah untuk dikeluarkan jadi ini dapat mencegah iritasi kepada luka tersebut.
·       Sitz baths. 
Merendam punggong didalam air suam sekitar 10 to 20 minit  beberapa kali sehari terutamanya  setiap kali selepas membuang air besar dapat membantu ‘relax the sphincter’ dan mengalakkan proses pemulihan. Jangan gunakan sabun, ini mungkin akan menambahkan iritasi kepada tempat luka tersebut. 
·       Krim berubat. 
Doktor anda akan memberikan kream ataupun ointment untuk disapu kepada tempat tersebut eg: Anusol-HC, zinc oxide, others. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan daripada luka tersebut. 
·       Nitrogylcerin. 
Sapuan nitroglycerin ointment kepada dubur dapat membantu peningkatan pengaliran darah kekawasan anal fissure dan merangsangkan proses pemulihannya. Rawatan ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada 'anal sphincter' dan mengurangkan 'spasm' dan juga kesakitan. Kesan sampingan adalah sakit kepala, rendah tekanan darah dan pening kepala (dizziness). 
·       Botox. 
Suntikan botox dalam dos yang kecil kepada otot anal sphincter dapat melemahkan nya untuk tempoh 4 ke 6 bulan bagi mengatasi masalah ‘spasm’ dan merangsang pemulihan luka tersebut

·       Calcium channel blockers. 
     Ubat tekan darah tinggi seperti nifedipine (Adalat)dan diltiazem (Cardizem), yang di makan atau pun yang dalam bentuk gel/cream yang disapu kepada fissure dapat membantu pemulihan .

Pembedahan  

Sekiranya anda mengalami kronik anal fissure yang tidak baik dengan segala rawatan diatas, maka pembedahan adalah pilihan terbaik untuk anda. Pemotongan tisu ‘anal fissure’ dan juga pemotongan sebahagian otot ‘anal sphinter’ bagi mengurangkan ‘spasm’ , kesakitan dan mengalakkan pemulihan. Teknik SAFUTE BEIM mampu menawarkan yang terbaik dalam merawat anal fissure ini kalau dibandingkan dengan teknik konvensional.


































CONDYLOMA ACUMINATA


Viral Wart di dubur

Condyloma acuminate adalah ‘anogenital warty growth’ yang merupakan penyakit jangkitan melaluai hubungan sex yang disebabkan olehhuman papilloma viruses’ (HPV). Pada permulaan jangkitan warts membentuk ‘small papules’ yang berwarna keputihan ataupun kemerah-merahan. Biasanya terdapat dalam banyak biji-biji halus terutama ditempat-tempat yang lembab dan pertumbuhannya akan lebih cepat dengan adanya infeksi setempat. Pertumbuhan seperti bunga kobis (cauliflower-like structures) yang besar boleh terjadi dan meliputi keselurohan kemaluan. 





Condyloma acuminate adalah berkait rapat  dengan anal intraepithelial neoplasia dan squmous cell carcinoma jadi Condylomas biasanya terjadi di kawasan perianal ataupun di squamous epithelium dalam anal canal dan kadangkala mucosa di bahagian rectum bawah akan turut terlibat

Terdapat kira-kira 30 jenis serotypes Human Papiloma Virus(HPV), sebahagian nya boleh menyebabkan kanser terutamanya kepada pangkal rahim (cervix) dan juga anus. HPV serotypes 16 dan 18 boleh menyebabkan terjadinya kanser tetapi serotypes 6 dan 11 yang biasa nya menyebabkan warts tetapi tidak akan menyebabkan kanser. Walau macam mana pun, Jangkitan HPV ini adalah sangat sering terjadi dan tidak selalunya menyebabkan kanser.

Gejala jangkitan HPV

Jangkitan HPV infeksi biasanya dalam bentuk warts yang terdapat dalam berbagai saiz  yang berbiji-biji halus. Lelaki sering terjadi warts di kepala zakar (glans penis) dan juga di lubang dubur. Perempuan biasanya terdapat di sekitar vagina, vulva, the anal region and the neck of the womb. Terdapat juga warts yang menyerang di mulut dan juga tekak. Ramai juga lelaki dan wanita yang dijangkiti HPV tidak menunjukkan sebarang gejala.

Penularan Jangkitan

Jangkitan dan penularan utama HPV adalah melalui hubungan sex. Penularan boleh berlaku walaupun orang yang ada jangkitan HPV tidak mempunyai sebarang gejala.  Sekiranya wart ada kelihatan maka risiko penularan jangkitan adalah lebih tinggi . Pemakaian kondom ketika melakukan hubungan sex dapat mencegah daei berlaku penularan jangkitan kepada pasangan. Virus HPV juga boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran dari ibu yang mempunyai HPV.

Rawatan

Penyakit jangkitan kelamin harus di sahkan dengan test yang berkaitan dan diberikan rawatan yang sesuai.

Rawatan ‘anal condyloma’ tergantung kepada lokasi dan keterukan serangan warts tersebut. WARTs yang bersaiz kecil disekitar ‘perianal skin’ dan ‘distal anal canal’ boleh dirawat dengan menyapu ‘bichloracetic acid’ atau  podophyllin dan sekitar  60 ke  80% pesakit akan memberikan kesan baik pulih walaupun kes yang berulang dan jangkitan semula adalah sering terjadi.




Imiquimod (Aldara) adalah ‘immunomodulator’ yang baru dikenalkan dalam bentuk krim untuk merawat berbagai infeksi virus termasuk anogenital condyloma. Laporan menunjukkan Aldara adalah sangat berkesan untuk merawat  condyloma yang terdapat di lokasi ‘perianal skin’ dan  ‘distal anal canal’.

Condyloma yang bersaiz besar dan banyak harus di buang melalui ‘excision and/or fulguration’ di dewan bedah.

Teknik Safute BEIM mampu menawarkan rawatan terbaik untuk membuang Condyloma dengan risiko kesakitan, pendarahan dan infeksi yang paling minimal. Tisu warts tersebut harus di hantar untuk pemeriksaan pathology bagi mengesan kanser.