Buasir

Wednesday 22 August 2012

KLINIK BUASIR SAFUTE


Selamat Datang.
website : www.klinikbuasir.com


Klinik Buasir Safute  adalah Klinik khusus untuk merawat masalah penyakit buasir yang di kendalikan oleh doktor-doktor perubatan yang bertauliah. Kesemua perengkat Buasir boleh dirawat dengan berkesan menggunakan kaedah moden terkini iaitu Teknik Safute BEIM'. 

Buasir adalah penyakit yang terlalu personal, melibatkan tempat yang amat sulit  dan sangat memalukan bagi kebanyakkan orang. Kami amat memahami akan masalah ini  dan yang pasti anda akan dilayan dengan professional dan privacy anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Kemungkinan anda telah lama terseksa oleh buasir atau hemorrhoid dan ketahuailah buasir adalah salah satu penyakit yang kerap di hidapi oleh rakyat di Malaysia.

Statistik di Barat menunjukkan sekurang-kurangnya 50% orang yang berumur lebih 50 tahun telah dan pernah mengidap buasir. Walaupun kita tiada angka statistik, tetapi saya percaya keadaan sama berlaku di sini dan buasir ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk lelaki dan wanita.




Anda mungkin tercari-cari rawatan apa yang paling baik dan berkesan. Pembedahan di Hospital sudah ternyata amat menakutkan dengan kemungkinan risiko pendarahan, pemulihan luka dan kesakitan selepas pembedahan yang agak lama. Ubat buasir dan rawatan alternatif sudah dicuba tetapi buasir tetap berulang lagi.


Website ini mungkin boleh memberikan informasi yang lengkap tentang buasir dan semua rawatan perubatan yang ada serta tentang kelebihan terapi terbaru : ‘Teknik Safute BEIM’.


Mudah-mudahan website ini boleh memberikan manfaat kepada semua.

Drbuasir

HUBUNGI KLINIK UNTUK TEMUJANJI SEKARANG

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com

BEBAS BUASIR DALAM 15 MINIT


 KLINIK BUASIR SAFUTE 
  No.21-B, Pelangi Square Damansara 
  Jln.PJU 6, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya
  Selangor, Malaysia



 
SAFUTE PILE’S CLINIC     
RAWATAN BUASIR TEKNIK SAFUTE BEIM YANG PERTAMA DI MALAYSIA

www.klinikbuasir.com





  • Tanpa luka terbuka 
  • Tanpa perlu dijahit
  • Tiada risiko infeksi
  • Minima risiko pendarahan
  • Tidak perlu masuk hospital
  • Kesakitan  minimal
  • Anda bebas buasir dalam 15 minit
  • Penyembohan yang cepat
 Perundingan & Pemeriksaan percuma
 Email : drbuasir@gmail.com

Klinik Buasir Safute adalah sebahagian dari Klinik ataupun hospital di dunia yang menggunakan teknologi pintar terbaru 'Safute BEIM' di dalam merawat penyakit Buasir dan masalah Ano-rektal yang lain-lain. Di Malaysia, 'Klinik Safute Buasir'  Ini adalah merupakan Klinik Buasir khusus yang pertama menggunakan teknologi Safute BEIM .

Pembedahan buasir konvesional 'Open haemorrhoidectomy' adalah terkenal diantara pembedahan yang paling menyakitkan dan menyeksakan pesakit. Pemotongan tisu buasir dengan pisau atau gunting akan menghasilkan sakit ngeri yang kuat dan ditambah pula dengan beberapa jahitan untuk mengikat punca perdarahan. Jahitan ini akan menambahkan lagi kesakitan kerana struktur anus adalah dinamik, sebarang jahitan akan menambahkan 'tension' bila anus digerakkan untuk membuang air besar atau selepasnya. 


Luka terbuka dan kesakitan ini akan berlarutan untuk 8 ke 12 minggu. Jadi kebanyakan orang yang mengidap buasir akan menyimpan dan merahsiakan buasirnya hingga bertahun-tahun, mereka hanya akan mendapatkan rawatan ubat makan dan 'peluru' untuk dimasukkan ke dubur apabila ada pendarahan atau kesakitan yang agak kuat. 

Rawatan pilihan yang ada banyak tersebar di internet hanyalah bentuk  rawatan alternatif seperti rawatan  traditional, rawatan  herba, Haemopathy, Ayuverda, Bekam dan juga tabib china . 

Teknik Safute BEIM  mampu menawarkan rawatan terbaik untuk membuang Buasir anda sehingga ke akarnya dalam masa 15 minit sahaja. Keunggulan teknik ini adalah terletak pada alat pintar Safute BEIM yang mampu membuang Buasir hingga ke akar umbinya tanpa menyebabkan luka terbuka dan tiada risiko pendarahan serta infeksi yang akan berlaku. 

Tidak perlu dilakukan sebarang jahitan jadi tidak akan ada ujud sebarang 'tension' semasa struktur anus digerakkan untuk membuang air besar. Teknik ini mampu digunakan untuk semua perengkat buasir dalaman dan juga busir luaran. Masalah 'anal fissures', 'fistula', 'skin tag', Condyloma Accuminata dan 'anal abscess' juga mampu dirawat dengan berkesan sekali menggunakan Teknik Safute BEIM.

website : www.klinikbuasir.com
HUBUNGI KLINIK UNTUK TEMUJANJI SEKARANG

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com




Tuesday 21 August 2012

GAMBAR GAMBAR

Q & A




1.APA KAH TEKNIK SAFUTE BIEM?

Sebenarnya teknik  Safute BEIM tidak menggunakan   'Biological Impendance Eletrical auto-Measurement' bagi menghasilkan ‘tissues fusion’ di pangkal buasir dan kemudian keselurohan buasir dapat di buang dengan mudah. Teknik ini tidak memerlukan sebarang jahitan dan tidak terhasil luka yang terbuka serta tidak ada risiko perdarahan, infeksi dan juga kurang rasa sakit.





2.Apa kelebihan Teknik Safute BEIM di banding dengan konvesional Haemorecdotomy?

Konvesional haemorecdotomy biasanya dilakukan dengan ‘general anaesthesia’ atau spinal anaesthesia. Pembuangan buasir dilakukan secara diseksi manual dan kebiasaannya luka tersebut tidak dijahit dan dibiarkan terbuka sahaja.





Risiko pendarahan dan infeksi adalah terlalu tinggi dan untuk pemulihan luka tersebut adalah akan mengambil masa yang terlalu lama, boleh sampai 2 ke 3 bulan. Penderitaan sakit adalah amat menyeksa sekali terutama apabila hendak membuang air besar dan selepasnya.


3.Adakah teknik ini di iktiraf di Malaysia?

Teknik ini adalah seperti procedure biasa untuk membuang buasir, Cuma digunakan satu alat pintar terbaru yang mampu menghasilkan ‘tissue fusion’ sehinggakan tiada luka terbuka, tidak perlu dijahit dan tiada risiko pendarahan dan infeksi serta tidak menyakitkan.Teknik ini harus dilakukan oleh seorang doktor perubatan yang bertauliah.


4.Adakah teknik ini menyakitkan?

Tidak begitu menyakitkan, semasa pembentukan ‘tissues fusion’ gentian saraf turut di bekukan sekali dan tertutup rapat didalam ‘tissues fusion’ tersebut  sehingga tiada rasa sakit yang kuat.


Struktur anus adalah 'dinamik' yang bergerak gerak terutamanya semasa membuang air besar jadi dengan menggunakan teknik Safute BEIM tempat pembuangan buasir tersebut adalah 'tension free' kerana tidak dilakukan sebarang jahitan. Jadi membuang air besar tidak lah begitu menyakitkan. 

5.Adakah teknik ini selamat?

Ya sudah semestinya lebih selamat dari mana-mana rawatan yang ada didunia perubatan moden.

6.Apakah kebaikan teknik Safute BEIM dibandingkan dengan teknik lain ?


Pertama kerana pembuluh darah telah tertutup, risiko perdarahan tetap ada tetapi jauh lebih kecil, kedua karena pembuluh saraf telah tertutup rasa sakit nyerinya lebih tumpul, ketiga kerana permukaan luka telah tertutup oleh bonjolan buasir yang dikeringkan maka kuman tidak boleh masuk sehingga risiko infeksi hampir 0 %.  Dengan tiga kebaikan diatas, luka biasa nya tertutup rapat oleh ‘tissues fusion’  tanpa perlu dijahit dan ini kelebihan utama kerana sakit yang berkurangan dan pemulihan yang cepat.

7.Apakah risiko teknik Safute BEIM?

Tiada rawatan buasir yang bebas risiko, dengan safute pun sama tetapi kemungkinan risiko yang timbul jauh lebih kecil dibandingkan dengan teknik yang lain.



Tetap sakit tapi tidak begitu teruk sekitar sepertiga dibanding pembedahan konvensional dan tidak berlarutan. Rawatan biasanya hampir tiada darah atau ‘ bloodless’ kalau ada pun darah yang keluar biasanya kurang dari 5-10 tetes dan akan berhenti secara sendiri.


8.Apakah buasir akan berulang kembali?


Sampai sekarang mahu berubat cara apapun tidak ada terapi yang boleh 100% menjamin tidak ada buasir yang akan berulang lagi kecuali dengan pembaikan cara pemakanan  dan gaya hidup. Bagusnya laser Safute termasuk diantara  pengulagan yang paling rendah kerana buasir dibuang hingga ke pangkal akar umbi nya.


9. Proses penyembuhan berapa lama?


Sesuai dengan penelitiannya, sekitar 2/3 atau 70% sembuh dibawah 10 hari pertama maksudnya dapat aktif kembali seperti biasa. Tetapi ada setengah pesakit saya yang pada besoknya kembali kerja dan boleh berjalan seperti biasa.

10. Berapa kos?

Kos pembayaran tentunya relatif, tetapi bila dibandingkan dengan pembayaran perubatan alternatif atau pembedahan di hospital ini jauh lebih murah dan efektif.


11. Buasir tambah besar ketika hamil ? 

         

Saya berusia 28 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum berkahwin, saya sudah pun menghidap buasir. Kini saya hamil lapan bulan dan buasir itu semakin membesar.



Apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya perlu menjalani pembedahan sebelum bersalin? Adakah cara lain yang boleh saya lakukan untuk mengecutkan semula buasir itu? Adakah saya perlu bersalin dalam keadaan saya mempunyai buasir?



Terdapat  jenis dan peringkat buasir tertentu. Ada yang boleh dirawat sementara menggunakan pelincir atau pelembut najis, penggalak aliran darah vena dan ada juga yang dibuang menggunakan prosedur kecil di klinik.


Dalam keadaan tertentu di mana sudah berlaku prolaps atau gangrene yang menyebabkan kesakitan amat sangat, ia memerlukan rawatan pembedahan segera.

Anda boleh menyuarakan masalah ini kepada doktor perbidanan anda. Kehamilan sendiri menambah tekanan dalaman yang biasanya boleh menjadikan buasir bertambah teruk.

Proses bersalin (meneran) juga meningkatkan tekanan dalam abdomen. Buasir berlaku, menjadi nyata atau teruk dengan penambahan tekanan dalam abdomen yang berterusan untuk jangkamasa yang lama misalnya batuk berpanjangan, sering sembelit dan seumpamanya.

Meminum air yang mencukupi, mengambil serat dalam makanan serta tidak mengangkat barang berat dapat membantu melambatkan buasir menjadi teruk. Lazimnya buasir dijangka hilang atau sembuh dalam tempoh berpantang.

Namun jika anda sudah mengalaminya sebelum hamil lagi, ia bermaksud punca buasir iaitu peningkatan tekanan dalam abdomen anda bukanlah akibat terus dari kehamilan atau kelahiran saja.


12. Alami buasir sejak kecil ??
         
SAYA akan berkahwin tidak lama lagi. Seperti orang lain, saya risaukan kesihatan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Saya mempunyai buasir sejak kecil lagi, tetapi bukan pada tahap kritikal kerana ia keluar apabila saya membuang air besar, kemudian masuk kembali (tetapi perlu ditolak dengan jari). Adakah ia boleh mengganggu alam rumah tangga saya kerana saya perasan apabila bernafsu, saya turut berasa ingin membuang air besar, mungkin kerana berdebar. Apakah rawatannya dan adakah ia mudah dirawat?

MINTA BANTUAN
Muar Johor

Buasir atau ‘haemorrhoids’ atau ‘piles’ dalam istilah perubatan ialah ketumbuhan tisu daripada corong atau salur najis di bahagian cantuman usus besar rektum ke pembukaan lubang najis atau ‘anus’ yang dikenali sebagai ‘cushion anus’.

Ia boleh terjadi dalam dua keadaan. Yang pertama ialah tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong najis yang kadangkala boleh terkeluar lubang najis (internal piles) dan perlu dimasukkan kembali, dan yang kedua, mukosa terjojol daripada permukaan luar corong ‘anus’ (external piles).

Buasir dalaman atau ‘internal piles’ ada beberapa jenis. Jika ia hanya tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong salur najis, ia dikatakan jenis darjah pertama.

Istilah darjah kedua diberi apabila ia terjojol keluar salur najis ketika buang air besar dan kembali sendiri. Istilah darjah ketiga pula diberi apabila ia terpaksa dijolok dengan jari untuk dimasukkan ke dalam corong salur najis dan darjah keempat diberi apabila ia kekal di luar salur najis, mudah bengkak dan mengandungi darah beku.

Daripada ini anda boleh perasan yang buasir anda jenis buasir dalaman dan tahap darjah ketiga. Jadi, anda boleh bayangkan buasir anda sampai ke tahap yang anda terpaksa menjolok masuk ke dalam lubang najis setiap kali lepas anda selesai buang air besar.

Kemungkinan buasir anda boleh mengembang dan kekal di luar salur najis kerana sukar dimasukkan kembali ke dalam salur najis.

Jika ini berlaku, buasir anda akan bengkak dan mudah berdarah dan dalam keadaan sedemikian anda akan dapati daya ereksi anda akan berkurangan apabila anda tidak dapat mengemut bagi mengekalkan ereksi untuk bersetubuh kemudian hari.

Sebelum ini berlaku, iaitu tahap buasir anda masuk ke tahap lebih serius, elok anda berjumpa pakar bedah untuk menyelesaikan masalah. Tisu yang terjojol itu perlu dibuang, termasuk juga mukosa yang kelihatan terjojol yang tidak stabil yang boleh bertukar kepada buasir kemudian hari.

Doktor anda akan cadangkan kaedah pembedahan yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak membuat apa- apa tahap buasir anda akan meningkat, memandangkan anda mula aktif dalam hubungan suami isteri.

Lambat-laun anda kena juga menjalani pembedahan, apabila tahap ereksi mula menurun. Rawatan konservatif hanya sesuai untuk buasir tahap pertama.

PENCEGAHAN BUASIR



Cara hidup sehat

Semua orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat, tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang langkah-langkah pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang sesuatu jenis penyakit. Malah ramai pesakit-pesakit yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir tidak mengendahkan sangat tentang teramat penting nya tentang mencegah dan mengawal perkara-perkara berikut:

1.     Menjaga corak pemakanan yang sihat

2.     Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit

3.     Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

4.     Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

5.     Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

6.     Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut

7.     Elakan ’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’ semasa membuang air besar. Membuang air besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan anda perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.

8.     Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Cara terbaik mencegah buasir adalah untuk menjaga najis tetap lembut, tidak menahan membuang air besar dan serendah mungkin meneran diwaktu membuang air besar. Olahraga termasuk berjalan dan mengambil makanan tinggi serat membantu mengurangi konstipasi dan keperluan meneran dengan cara membuat najis lebih lembut dan lebih mudah keluar.

Kebanyakan daripada kita hanya berminat untuk mendapatkan ‘quick fixed’ iaitu bila mendapat buasir baru perlu dirawat dan baik tanpa mahu turut sama secara aktif dalam mencegah penyakit itu dari berulang lagi. Tidak ada rawatan buasir dalam dunia ini yang menjamin buasir itu tidak akan berulang kembali sekiranya pesakit tidak merubah polar pemakanan dan tabiat membuang air besar. Memastikan tiada konstipasi dan  tidak meneran adalah kunci kepada pencegahan terjadinya buasir.





TEKNIK SAFUTE BEIM - TEKNOLOGI PINTAR



TISSUE FUSION


Teknik Safute BEIM adalah satu teknologi yang terbaru didalam dunia perubatan moden yang telah di pelopori dari Negeri China. Teknologi ini telah di patenkan dan sedang giat di perkembangkan di dalam pembedahan moden.

Teknologi awal yang popular digunakan untuk pembedahan adalah ‘electrocautery’ yang mana boleh digunakan untuk memotong tisu dan dalam waktu yang sama menyebabkan ‘coagulation’ berlaku bagi mematikan saluran darah dengan ini pembedahan menjadi mudah dan lebih cepat.

Biological Electrical Impedance auto-Measurement (BEIM) adalah teknologi pintar yang di reka cipta dengan kejituan tinggi untuk pengawalan pengaliran tenaga yang sesuai dengan mengesan secara automatik ‘tissues impedance  3,333 times a second’ bagi  menghasilkan kesan sesuai kepada tisu yang dikehendaki iaitu  ‘Permanent Fusion Zone’ tanpa menghasilkan pembakaran tisu (karbonasi).

‘Tissue fusion dan vessel sealing’ ini adalah menggunakan tisu collagen dan elastin dari badan pesakit sendiri  bagi menghasilkan ‘permanent fusion zone’ iaitu tisu-tisu akan menjadi kering, mengeras dan membeku tanpa menyebabkan terjadi sebarang  pembakaran jadi dengan teknologi ini tiada terjadi ‘karbonasi’ iaitu tiada luka bakar. Teknologi  BEIM ini mampu ‘fuse vessels’ sehingga 7mm, lymphatics, tissues bundles dan pulmonary vasculature’ dengan hitungan 3 ke 5 saat untuk ‘tissues fusion’ berlaku.



Semua saluran darah artery dan vein serta gentian saraf menjadi kering, mengeras dan membeku sebagai satu entity yang dikenali sebagai ‘tissue fusion’. Setelah itu pemotongan kehujung daripada bahagian ini tidak akan menyebabkan sebarang perdarahan dan rasa sakit.




Yang lebih canggih BEIM ini menghasilkan gumpalan tisu yang kuat dan tidak perlu dijahit dan tidak akan berlaku ‘revascularisation’ jadi tidak akan berlaku pendarahan. Yang penting juga tidak akan ada luka terbuka dan tidak akan berlaku infeksi. Pembaikan tempat tersebut akan berlaku secara semula jadi dan tidak menyakitkan.





Teknik Safute BEIM ini secara khusus di bangunkan dan adalah sangat sesuai untuk kegunaan rawatan anorektal seperti buasir di semua peringkat, fistula, anal fissure, skin tags dan juga polyp kerana masalah dengan pembedahan secara konvesional di kawasan anorektal adalah sukarnya pemulihan, menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Pengaliran najis ditempat luka pembedahan akan menerukkan lagi masalah infeksi, pendarahan dan kesakitan yang berpanjangan.

Teknologi ini sangat popular di Negara China dan telah diadaptasi di hampir semua rumah sakit disana. Sekarang teknologi ini dikombinasi dengan sigmoidoskopi dan colonoskopi sehingga Alat tersebut tidak hanya mampu memberikan terapi Safute BEIM tetapi juga memberikan diagnosis yang tepat bagi doktor.

Teknologi ini tidak akan lama lagi akan menjadi pilihan utama dengan kos pembayaran yang berpatutan, selamat dan selesa bagi doktor dan pesakit mengingatkan kesan sampingan dan komplikasi rendah dan prosedur menjadi jauh lebih cepat serta keberkesanannya yang tinggi iaitu kemungkinan buasir untuk berulang adalah terlalu kecil dan dapat juga digunakan untuk gangguan anorektal yang lain seperti fissure, fistula, kondiloma, abses dan lain-lain.

Teknologi ini juga sedang berkembang dengan cepat di Amerika untuk kegunaan semua jenis pembedahan. Semenjak di perkenalkan pada tahun1998 teknologi ini telah diterima sebagai industry standard for vessel sealing. Teknologi ‘tissues fusion’ telah digunakan lebih dari 4 million procedures diseluroh dunia dan disokong penuh dengan ‘evidence-based research’ , sekarang terdapat lebih 200 published clinical study.

Efikasi klinikal, consistency and reliability of ‘tissues fusion device’  telah di buktikan  melaluai berbagai peralatan yang digunakan untuk laparoscopic ataupun pembedahan terbuka melaluai berbagai kepakaran bidang pembedahan termasuk  gynecological, colorectal, urology and general surgery.

‘Safute BEIM tissues fusion’ dapat menghasilkan unik kombinasi antara tekanan dan tenaga bagi menghasilkan ‘consistent seal’ bagi setiap aplikasi untuk:

·       Menghasilkan kombinasi tekanan dan tenaga untuk menghasilkan ‘vessel fusion’

·       Secara kekal ‘fuses vessels’ sehingga 7 mm in diameter dan tissue bundles tanpa diseksi dan   
Pemisahan

·       Hitung panjang ‘seal cycle’ adalah 3 ke  5 saat

·       ‘Seals’ boleh menahan 3 kali ganda  systolic blood pressure

·       ‘Feedback-controlled response system’ secara automatic diberhentikan apabila ‘seal cycle’ telah  
lengkap, ‘eliminating the guesswork’



Dengan teknik Safute BEIM ini buasir langsung dibuang dalam masa 15 minit sahaja. Selepas dibuang pesakit tidak perlu pakai 'dressing' dan tiada luka terbuka yang kelihatan serta tiada risiko pendarahan dan infeksi. Kesakitan adalah pada tahap minimal dan pesakit boleh langsung membuang air besar macam biasa saja.


Kelihatan tusu-tisu yang telah dibuang sehingga ke akar umbi nya. Jadi risiko untuk buasir berulang semula adalah terlalu minimal.

website : www.klinikbuasir.com

Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com

RAWATAN BUASIR


Buasir perengkat 1,2 dan 3

Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar muzik.

Ubat membantu pengecutan buasir seperti Daflon, ubat tahan sakit serta ubat suppository (anucare) untuk dimasukkan ke dubur adalah antara rawatan biasa yang ada untuk buasir.

Pengubatan dengan ubat hanya bertujuan untuk mengurangi gejala buasir itu sahaja. Hal-hal yang biasa dicuba antaranya adalah rendam dengan air suam  selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository (anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu tertentu. Pencegahan rekurensi buasir atau hemorrhoid dilakukan dengan cara mengurangi tekanan di kawasan rectum dan meneran kerana konstipasi.

Biasanya doktor akan menganjurkan untuk meningkatkan konsumpsi serat dan cairan. Minum serat yang tepat dan minum air 6-8 gelas sehari dapat membuat najis lebih lembut. Najis  yang lembut membuat proses defekasi lebih mudah dikeluar. Proses meneran yang minimal membantu mencegah buasir membonjol. Sumber serat yang baik antaranya adalah buah-buahan dan fiber “whole grains”. Sebagai tambahan doktor mungkin juga akan memberikan ubat melembutkan najis yang berfungsi membuat najis lebih lembut atau suplemen serat seperti psylium atau methylcellulose.



RUBBER BANDING (Mengikat Dengan Getah)


Ikatan dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir  ke kawasan yang tersepit dan akhirnya  kawasan tersebut akan mati dan terlepas sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama najis semasa membuang air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi ulcer dan mengambil masa seminggu untuk pulih semula.


Teknik ini adalah sangat sesuai hanya untuk buasir dalaman perengkat I dan II sahaja dan dapat dilakukan di bilik rawatan klinik sahaja. Buasir perengkat III, IV dan buasir luaran tidak boleh langsung dirawat dengan teknik ini.




INJEKSI SKLEROTERAPI

Untuk mengecutkan  buasir dan pembuluh darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membrane mukosa di pangkal bonjolan buasir, cara ini hanya efektif untuk buasir berukuran kecil perengkat I.Untuk perengkat  2 hingga perengkat 4 dan buasir luaran, teknik ini tidak sesuai digunakan kerana terbukti kurang efektif





SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)

Peralatan kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super freeze’ bonjolan buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena nitrogen cair mati dan terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang pulih dalam 1ke 2 minggu. Teknik ini efektif bila digunakan untuk buasir luaran (external) sahaja.


KOAGULASI BIPOLAR & UNIPOLAR

Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid.
Specialized Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga efektif untuk menghentikan perdarahan.

Kelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan.

Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’ ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya fistula dengan menggunakan terapi ini.


HEMORRHOIDOLYSIS

Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman sahaja.

Teknik ini tidak boleh digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain itu memerlukan terapi lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang dikehendaki.


HAL (HEMORRHOIDAL ARTERY LIGATION)

Hemorrhoidal arteri ligation (HAL) diilakukan dengan menggunakan proktoskop yang digabungkan dengan ultrasound Doppler. Jarum dan benang dijahitkan ke bawah arteri .Kemudian diikat sehingga peredaran darah ke kawasan buasir atau hemorrhoid dihentikan.

Teknik ini sama dengan teknik ligasi ikatan getah iaitu menghentikan aliran darah ke kawasan buasir. Teknik ini sangat efektif dan tidak memerlukan pembedahan,dan biasanya buasir akan berkurang tetapi    buasir masih tetap yang ada dan memerlukan lebih dari satu kali procedure dilakukan.



STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles surgery

Teknik rawatan menggunakan  ‘circular stapled’  ini adalah antara yang terbaru dan tidak begitu menyakitkan dan lebih cepat penyembuhan, Cuma masalahnya agak terlalu mahal. Pemotongan dilakukan dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm akan di buang dan di hubungkan semula dengan stapled  secara ‘circumferential’.
Disebabkan ‘circumferential cut’, kesemua buasir seolah-olah dirawat dengan terangkatnya keseluruhan ‘anal cushion’ sekitar 2.0cm, Cuma ‘skin tags’ dan buasir luaran tetap tidak hilang.  Komplikasi pendarahan, fibrous stricture of rectum, spasm of anal canal,  dan termasuk juga infeksi di dalam Abdomen serta kebocoran rectum.


KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY

Pembedahan buasir adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan. Kebanyakan pesakit mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan ataupun saudara yang pernah menjalani pembedahan haemorroidectomy menderita kesakitan bermingu-minggu selepas pembedahan terutamanya sakit yang amat sangat ketika membuang air besar dan selepasnya serta  ketidak selesaan untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6 minggu.

Pembedahan Haemorroidectomy ini adalah teknik yang biasa dilakukan dan ianya merupakan teknik ‘gold standard’ didalam rawatan buasir. Pembedahan buasir adalah dilakukan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan. Bahagian kulit yang di potong ini kebiasaannya tidak di jahit semula dan dibiarkan terbuka sahaja untuk proses pemulihan secara semula jadi berlaku.

Pangkal buasir dan beberapa sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan bagi menghentikan pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan pesakit terasa teramat sakit selepas pembedahan terutamanya hendak membuang air besar dan selepas nya. Ini disebabkan struktur dubur adalah dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’, sebarang jahitan atau ikatan akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika anal spchinter dibuka atau pun ditutup.

Luka yang terbuka ini akan sentiasa menyebabkan kesakitan dan juga mudah terdedah kepada risiko infeksi serta pendarahan. Jahitan kepada luka tersebut tidak digalakkan untuk mengelakkan terbentuk ‘abscess’ dan ‘anal stricture’.

Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah kesakitan pembedahan buasir, antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric knife’, ultrasonics machines dan laser tapi ‘healing’ dan kesakitan tetap menjadi masalah utama. 




RAWATAN OLEH TABIB CINA DAN AYURVEDA


Ramai pesakit-pesakit yang menderita buasir kecewa dengan memakan ‘Daflon’ dan menggunakan ubat peluru tidak juga baik-baik dan untuk dioperasi mereka takut, akhirnya mereka mencari rawatan-rawatan  yang terdapat di internet.



Ketahuailah kebanyakan rawatan alternatif yang banyak diiklankan di internet adalah merupakan rawatan yang tidak di amalkan oleh doktor-doktor perubatan bertauliah. Bentuk rawatan yang biasa mereka lakukan adalah dengan memberikan herba-herba tertentu secara pemakanan atau minuman bagi mengecut dan mengurangkan kesakitan serta persediaan krim campuran herba untuk disapu kepada tempat buasir tersebut.


Terdapat juga pengamal perubatan alternatif ini yang lebih berani dengan menggunakan kaedah suntikan sclerosant, Ligasi atau pun kriogenik seperti yang diterangkan diatas. Rawatan ini seharusnya hanya boleh di amalkan oleh doktor yang bertauliah sahaja kerana kesan sampingan dan komplikasinya yang boleh membawa kepada mudarat yang teruk. 



RAWATAN DENGAN LASER SAFUTE BEIM


Kesemua rawatan buasir diatas ada kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri, manakala Laser Safute mampu menawarkan rawatan yang terbaik dengan menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih dalam perawatan buasir.



Laser Safute BEIM membuat bonjolan tisu buasir menjadi kering, keras dan membeku dengan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement) sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun tertutup oleh kolagen yang dicairkan sehingga menyebabkan rasa sakit yang amat berkurangan.



Doktor juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98% pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.





Singkatannya Safute BEIM seselamat cara rawatan buasir tanpa surgery tetapi memberikan kesan yang sama dengan kesan rawatan surgery dan dengan pembiayaan yang jauh lebih rendah  kerana tidak perlu rawatan di Hospital. Bahkan pesakit boleh pulang dan kesakitan dan pendarahan selepas rawatan safute BEIM adalah minimal dan  hampir 0%.





Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com