Buasir

Tuesday, 25 February 2014

BLEEDING PILES / BUASIR BERDARAH

         
Gejala darah Segar keluar dari dubur secara menitis atau memancut-mancut sewaktu membuang air besar memang lah amat menakutkan bagi kebanyakan orang dan sering memberikan reaksi panik. Ada berbagai masalah yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku, antaranya:

1. Luka di bibir dubur (Anal Fissure)
Ini biasanya terjadi setelah membuang air besar dengan najis yang keras dan kepala najis yang besar berserta dengan rasa kesakitan yang kuat dan berlarutan untuk 30 minit ke 1 jam selepas membuang air besar. Kesakitan dan pendarahan segar  ini akan berulang-ulang di setiap kali membuang air besar.


2. Pendarahan dari Barah di rektum atau anus
 Ini boleh terjadi pada warga emas yang sering       disalah anggap sebagai buasir. Jadi adalah perlu di  
periksa oleh doktor bertauliah apabila ada pendarahan ataupun bengkakan di dubur.







3. Pendarahan dari Buasir
    Pendarahan dari buasir ini adalah yang paling kerap sekali berlaku, malah kalau ada orang mengadu berak     berdarah segar maka diagnosa yang pertama adalah berdarah dari Buasir. Kesemua buasir boleh berlaku     pendarahan iaitu dari buasir dalaman perengkat I,II,III,IV dan juga buasir luaran.

Pendarahan ini sebenarnya bukan menunjukkan keterukan buasir yang dialami malah kebiasaannya presentasi buasir dalaman perengkat I hanyalah kesan kesan darah segar bersama najis tanpa ada rasa sakit ataupun bonjolan dan bengkakkan di dubur. Kesemua perengkat buasir boleh terluka dan terjadinya pendarahan, biasanya pendarahan berlaku sewaktu berak dan selepasnya.

Mengikut stastik di UK dan USA terdapat sekitar 50% masyarakat mengidap buasir bila mencapai umur 50 tahun, jadi bermakna banyak orang yang sehat tanpa apa-apa gejala dan kelohan mengalami buasir dalaman. Mereka mungkin ada buasir dalaman perengkat I atau II sudah beberapa tahun tapi tidak mendatangkan sebarang masalah. Masalah buasir hanya akan diketahuai apabila ia menyebabkan pendarahan sewaktu berak ataupun ada benjolan terkeluar dari dubur sewaktu berak. Kesakitan yang disebabkan oleh buasir biasanya adalah agak lewat berlaku iaitu apabila buasirnya sudah melarat dan berada di perengkat III dan IV.



No comments:

Post a Comment