Kulit lebih yang terdapat disekitar lubang dubur ini bukanlah sesuatu penyakit yang perlu di bimbangkan sangat, ianya sekadar menganggu dan membuat kita kurang selesa. Kulit lebih ini boleh juga menganggu kebersihan di kawasan dubur dan sering juga ada sisa-sisa najis yang melekat di kulit lebih ini. Kadang-kadang kulit ini boleh bergesel atau terhimpit dengan seluar dalam dan menyebabkan luka, sakit dan berlaku infeksi.
Kulit lebih ini ada yang terjadi sejak dilahirkan dan semakin membesar bila umur dewasa. Kebanyakan kulit lebih ini terjadi akibat dari buasir luaran yang telah mengecut dan hanya tinggal lebihan kulit sahaja ataupun bagi perempuan ianya terjadi dari bekas 'episiotomy' (luka potongan semasa melahirkan anak).
Banyak orang yang mahu membuang kulit-kulit lebih disekitar anus kerana mahu punggong yang licin dan bersih dari kulit lebih yang terjuntai-juntai.
Alat pintar Safute BEIM dapat membuang kesemua kulit lebih tersebut dengan pantas tanpa perlu melakukan sebarang jahitan dan luka tersebut akan pulih dengan cepat tanpa meninggalkan sebarang parut atau kesan.
Assalammualaikum dr..sy mengalami berak berdarah selama setahun sejak bersalin..pd dubur sy sama spt dlm gambar ni...ia pd dubur dan berdekatan dgn bekas jahitan episiotomi...soalan sy,adakah daging yg terkeluar itu mybbkn diameter dubur sy semakin sempit seterusnye berlaku anal fissure?sbb itu yg sy hadapi setahun ni..trauma shgga bdn kurus sbb takut mkn..tolong la dr...terima kasih..
ReplyDelete