Alat pintar merawat buasir
Buasir luaran , ‘Peri-anal Skin
tag’, buasir perengkat 3 dan juga buasir
perengkat 4 adalah lazim nya perlu dirawat dengan teknik pembedahan di hospital
di bawah ‘general anaesthesia’. Sekarang dengan adanya teknik moden yang di
kenali sebagai “teknik Safute BEIM” rawatan menjadi lebih mudah, Cuma
memerlukan masa 5 ke 15 minit sahaja, kurang komplikasi dan pemulihan lebih
cepat serta kurang menyakitkan. Rawatan ‘teknik
safute BEIM’ dapat dilakukan di klinik luar sahaja tanpa perlu masuk ke
hospital dan dengan mudah dapat dilakukan di bawah suntikan bius setempat (
local perianal block) sahaja.
Komplikasi pendarahan
Komplikasi kesakitan
Masalah kesakitan selepas
pembedahan buasir secara konvesional adalah sangat ketara dan menjadi faktor
utama yang menyebabkan kebanyakan orang takut untuk menjalani pembedahan buasir
dan kebanyakan orang akan bertahan menyimpan masalah buasir nya bertahun tahun
sehingga sudah tak boleh tahan lagi baru sanggup menjalani pembedahan di
hospital. Pembedahan buasir dengan teknik safute BEIM mampu menawarkan keadaan
selepas pembedahan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan ini kerana luka yang
terhasil adalah bukan luka terbuka ia nya adalah luka tertutup yang di lapisi
oleh ‘tissues fusion’. Tambahan pula tidak ada kesan luka bakar yang berlaku ditempat
sepitan ataupun di kawasan tisu yang berhampiran. Semasa pembentukan tisu
fusion ini kesemua gentian gentian saraf juga telah dikeringkan dan membentuk
sebahagian daripada tisu fusion tersebut. Saraf saraf ini telah menjadi tumpul
dan tidak akan memberikan rasa sakit ditempat potongan tersebut.
Makanya setelah pembedahan safute
BEIM pesakit langsung tidak akan merasa sebarang kesakitan dan biasanya pesakit
boleh langsung memandu kereta untuk pulang dan ada beberapa kes yang memandu
sehingga 2 ke 3 jam sebaik selepas pembedahan safute BEIM. Pesakit hanya akan
merasa kesakitan yang relative sewaktu dan selepas membuang air besar. Ini
terjadi kerana pembukaan lubang anus akan menghasilkan regangan kepada lapisan
‘tissues fusion’ dan akan merangsang deria deria saraf dan menyebabkan terasa
kesakitan. Ini biasanya dapat dikurangkan dengan merendam punggong ke dalam airsuam
(sitz bath) dan memakan ubat penahan sakit sebelum membuang air besar.
Komplikasi infeksi
Pembedahan buasir di dubur sememangnya mempunyai risiko komplikasi
infeksi yang tinggi, di laporkan sekitar 20 ke 30% infeksi berlaku dengan
pembedahan secara konvesional. Ini terjadi kerana kawasan dubur sememangnya
lembab dan akan terdedah pada najis sewaktu membuang air besar dan untuk
melakukan pencucian luka adalah agak sukar dan menyakitkan bagi pembedahan
konvesional. Teknik safute BEIM menyediakan luka tertutup yang di lapisi oleh
‘tissues fusion’ jadi risiko infeksi adalah terlalu kecil sekali iaitu sekitar
1% sahaja. Pembersihan najis dan pencucian luka adalah mudah sekali iaitu cukup
dengan merendam punggong dengan air suam untuk tempoh 10 ke 15 minit.
Komplikasi pemulihan luka
Pemulihan luka pembedahan buasir
konvesional boleh sampai 3 bulan lebih untuk disembohkan sepenuhnya, ini kerana
luka yang terbuka dan sering berlaku infeksi sekunder dan pendarahan yang
berulang-ulang. Teknik safute BEIM menghasilkan luka yang tertutup oleh lapisan
tisu fusion dan regenerasi dan granulasi tisu berlaku dari bawah ‘tissue fusion’
tersebut dan pemulihan berlaku dalam 3 minggu sampai 6 minggu sahaja. Teknik
ini tidak menghasilkan ‘secondary burn wound’ dan tiada ‘lateral tissue damage’
jadi pemulihan luka berlaku dengan mudah dan pantas.
Komplikasi parut luka
Pemotongan dengan ‘surgical blade’
ataupun ‘electrocautry’ dan pengunaan ‘coagulation’ pada tempat pendarahan akan
menyebabkan luka bakar (burn wound) dan luga ‘lateral thermal damage’ dan ini
akan sering menghasilkan kesan parut dan ‘contracture’ yang mana boleh
menyebabkan penyempitan lubang dubur (anal stricture). Komplikasi ‘anal
stricture’ ini akan menghasilkan penyempitan pada saluran dubur dan sukar untuk
pembuangan najis. Alat safute BEIM tidak akan menyebabkan kesan luka bakar
(burn wound) ataupun ‘lateral thermal
damage’ dan tidak akan menghasilkan kesan parut pada tempat ‘tissue fusion’
tersebut dan masalah ‘anal stricture’ tidak akan terjadi sama sekali.
Komplikasi tak boleh kencing
Sebarang pembedahan di bahagian
dubur sering akan menyebabkan kesukaran untuk membuang air kencing sehinggakan ‘continuous
bladder drainage (CBD)’ adalah biasa di pasang selepas pembedahan buasir di
hospital. Teknik safute BEIM hanya melakukan pembedahan denga ‘local perianal
block’ yang mana suntikan anaesthesia tidak di lakukan di bahagian anterior dan
posterior anus. Jadi permasalahan sukar atau tidak boleh kencing selepas
pembedahan teknik safute tidak pernah terjadi.
No comments:
Post a Comment