Buasir

Tuesday 21 August 2012

Q & A




1.APA KAH TEKNIK SAFUTE BIEM?

Sebenarnya teknik  Safute BEIM tidak menggunakan   'Biological Impendance Eletrical auto-Measurement' bagi menghasilkan ‘tissues fusion’ di pangkal buasir dan kemudian keselurohan buasir dapat di buang dengan mudah. Teknik ini tidak memerlukan sebarang jahitan dan tidak terhasil luka yang terbuka serta tidak ada risiko perdarahan, infeksi dan juga kurang rasa sakit.





2.Apa kelebihan Teknik Safute BEIM di banding dengan konvesional Haemorecdotomy?

Konvesional haemorecdotomy biasanya dilakukan dengan ‘general anaesthesia’ atau spinal anaesthesia. Pembuangan buasir dilakukan secara diseksi manual dan kebiasaannya luka tersebut tidak dijahit dan dibiarkan terbuka sahaja.





Risiko pendarahan dan infeksi adalah terlalu tinggi dan untuk pemulihan luka tersebut adalah akan mengambil masa yang terlalu lama, boleh sampai 2 ke 3 bulan. Penderitaan sakit adalah amat menyeksa sekali terutama apabila hendak membuang air besar dan selepasnya.


3.Adakah teknik ini di iktiraf di Malaysia?

Teknik ini adalah seperti procedure biasa untuk membuang buasir, Cuma digunakan satu alat pintar terbaru yang mampu menghasilkan ‘tissue fusion’ sehinggakan tiada luka terbuka, tidak perlu dijahit dan tiada risiko pendarahan dan infeksi serta tidak menyakitkan.Teknik ini harus dilakukan oleh seorang doktor perubatan yang bertauliah.


4.Adakah teknik ini menyakitkan?

Tidak begitu menyakitkan, semasa pembentukan ‘tissues fusion’ gentian saraf turut di bekukan sekali dan tertutup rapat didalam ‘tissues fusion’ tersebut  sehingga tiada rasa sakit yang kuat.


Struktur anus adalah 'dinamik' yang bergerak gerak terutamanya semasa membuang air besar jadi dengan menggunakan teknik Safute BEIM tempat pembuangan buasir tersebut adalah 'tension free' kerana tidak dilakukan sebarang jahitan. Jadi membuang air besar tidak lah begitu menyakitkan. 

5.Adakah teknik ini selamat?

Ya sudah semestinya lebih selamat dari mana-mana rawatan yang ada didunia perubatan moden.

6.Apakah kebaikan teknik Safute BEIM dibandingkan dengan teknik lain ?


Pertama kerana pembuluh darah telah tertutup, risiko perdarahan tetap ada tetapi jauh lebih kecil, kedua karena pembuluh saraf telah tertutup rasa sakit nyerinya lebih tumpul, ketiga kerana permukaan luka telah tertutup oleh bonjolan buasir yang dikeringkan maka kuman tidak boleh masuk sehingga risiko infeksi hampir 0 %.  Dengan tiga kebaikan diatas, luka biasa nya tertutup rapat oleh ‘tissues fusion’  tanpa perlu dijahit dan ini kelebihan utama kerana sakit yang berkurangan dan pemulihan yang cepat.

7.Apakah risiko teknik Safute BEIM?

Tiada rawatan buasir yang bebas risiko, dengan safute pun sama tetapi kemungkinan risiko yang timbul jauh lebih kecil dibandingkan dengan teknik yang lain.



Tetap sakit tapi tidak begitu teruk sekitar sepertiga dibanding pembedahan konvensional dan tidak berlarutan. Rawatan biasanya hampir tiada darah atau ‘ bloodless’ kalau ada pun darah yang keluar biasanya kurang dari 5-10 tetes dan akan berhenti secara sendiri.


8.Apakah buasir akan berulang kembali?


Sampai sekarang mahu berubat cara apapun tidak ada terapi yang boleh 100% menjamin tidak ada buasir yang akan berulang lagi kecuali dengan pembaikan cara pemakanan  dan gaya hidup. Bagusnya laser Safute termasuk diantara  pengulagan yang paling rendah kerana buasir dibuang hingga ke pangkal akar umbi nya.


9. Proses penyembuhan berapa lama?


Sesuai dengan penelitiannya, sekitar 2/3 atau 70% sembuh dibawah 10 hari pertama maksudnya dapat aktif kembali seperti biasa. Tetapi ada setengah pesakit saya yang pada besoknya kembali kerja dan boleh berjalan seperti biasa.

10. Berapa kos?

Kos pembayaran tentunya relatif, tetapi bila dibandingkan dengan pembayaran perubatan alternatif atau pembedahan di hospital ini jauh lebih murah dan efektif.


11. Buasir tambah besar ketika hamil ? 

         

Saya berusia 28 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum berkahwin, saya sudah pun menghidap buasir. Kini saya hamil lapan bulan dan buasir itu semakin membesar.



Apakah yang harus saya lakukan? Adakah saya perlu menjalani pembedahan sebelum bersalin? Adakah cara lain yang boleh saya lakukan untuk mengecutkan semula buasir itu? Adakah saya perlu bersalin dalam keadaan saya mempunyai buasir?



Terdapat  jenis dan peringkat buasir tertentu. Ada yang boleh dirawat sementara menggunakan pelincir atau pelembut najis, penggalak aliran darah vena dan ada juga yang dibuang menggunakan prosedur kecil di klinik.


Dalam keadaan tertentu di mana sudah berlaku prolaps atau gangrene yang menyebabkan kesakitan amat sangat, ia memerlukan rawatan pembedahan segera.

Anda boleh menyuarakan masalah ini kepada doktor perbidanan anda. Kehamilan sendiri menambah tekanan dalaman yang biasanya boleh menjadikan buasir bertambah teruk.

Proses bersalin (meneran) juga meningkatkan tekanan dalam abdomen. Buasir berlaku, menjadi nyata atau teruk dengan penambahan tekanan dalam abdomen yang berterusan untuk jangkamasa yang lama misalnya batuk berpanjangan, sering sembelit dan seumpamanya.

Meminum air yang mencukupi, mengambil serat dalam makanan serta tidak mengangkat barang berat dapat membantu melambatkan buasir menjadi teruk. Lazimnya buasir dijangka hilang atau sembuh dalam tempoh berpantang.

Namun jika anda sudah mengalaminya sebelum hamil lagi, ia bermaksud punca buasir iaitu peningkatan tekanan dalam abdomen anda bukanlah akibat terus dari kehamilan atau kelahiran saja.


12. Alami buasir sejak kecil ??
         
SAYA akan berkahwin tidak lama lagi. Seperti orang lain, saya risaukan kesihatan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Saya mempunyai buasir sejak kecil lagi, tetapi bukan pada tahap kritikal kerana ia keluar apabila saya membuang air besar, kemudian masuk kembali (tetapi perlu ditolak dengan jari). Adakah ia boleh mengganggu alam rumah tangga saya kerana saya perasan apabila bernafsu, saya turut berasa ingin membuang air besar, mungkin kerana berdebar. Apakah rawatannya dan adakah ia mudah dirawat?

MINTA BANTUAN
Muar Johor

Buasir atau ‘haemorrhoids’ atau ‘piles’ dalam istilah perubatan ialah ketumbuhan tisu daripada corong atau salur najis di bahagian cantuman usus besar rektum ke pembukaan lubang najis atau ‘anus’ yang dikenali sebagai ‘cushion anus’.

Ia boleh terjadi dalam dua keadaan. Yang pertama ialah tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong najis yang kadangkala boleh terkeluar lubang najis (internal piles) dan perlu dimasukkan kembali, dan yang kedua, mukosa terjojol daripada permukaan luar corong ‘anus’ (external piles).

Buasir dalaman atau ‘internal piles’ ada beberapa jenis. Jika ia hanya tisu mukosa yang terjojol dalam ruang corong salur najis, ia dikatakan jenis darjah pertama.

Istilah darjah kedua diberi apabila ia terjojol keluar salur najis ketika buang air besar dan kembali sendiri. Istilah darjah ketiga pula diberi apabila ia terpaksa dijolok dengan jari untuk dimasukkan ke dalam corong salur najis dan darjah keempat diberi apabila ia kekal di luar salur najis, mudah bengkak dan mengandungi darah beku.

Daripada ini anda boleh perasan yang buasir anda jenis buasir dalaman dan tahap darjah ketiga. Jadi, anda boleh bayangkan buasir anda sampai ke tahap yang anda terpaksa menjolok masuk ke dalam lubang najis setiap kali lepas anda selesai buang air besar.

Kemungkinan buasir anda boleh mengembang dan kekal di luar salur najis kerana sukar dimasukkan kembali ke dalam salur najis.

Jika ini berlaku, buasir anda akan bengkak dan mudah berdarah dan dalam keadaan sedemikian anda akan dapati daya ereksi anda akan berkurangan apabila anda tidak dapat mengemut bagi mengekalkan ereksi untuk bersetubuh kemudian hari.

Sebelum ini berlaku, iaitu tahap buasir anda masuk ke tahap lebih serius, elok anda berjumpa pakar bedah untuk menyelesaikan masalah. Tisu yang terjojol itu perlu dibuang, termasuk juga mukosa yang kelihatan terjojol yang tidak stabil yang boleh bertukar kepada buasir kemudian hari.

Doktor anda akan cadangkan kaedah pembedahan yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak membuat apa- apa tahap buasir anda akan meningkat, memandangkan anda mula aktif dalam hubungan suami isteri.

Lambat-laun anda kena juga menjalani pembedahan, apabila tahap ereksi mula menurun. Rawatan konservatif hanya sesuai untuk buasir tahap pertama.

7 comments:

  1. org yang mengandung boleh ke tak nk buat pembedahan guna laser safute BEIM? boleh saya tahu kos berapa?

    ReplyDelete
  2. bagi perempuan mengandung yang ada buasir, sebaiknya pembedahan hanya dilakukan selepas melahirkan kandungan nya. TETAPI sekiranya anda ada mengalami keadaan yang di panggil THROMBOSED PILES, ini adalah suatu keadaan yang membengkak dan amat menyakitkan sehingga anda tak boleh duduk, berdiri, berjalan atau pun berbaring pun sakit, pembedahan memang boleh dilakukan dengan hanya membuang thrombosed piles itu sahaja di bawah suntikan bius setempat. Setelah thrombosed piles dan darah beku itu di buang anda akan merasa selesa dan tidak sakit lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Di kawasan johor bahru ni di mana saya boleh buang buasir yg bengkak ni? Saya sedang mengandung. Dengan rasa mabuk mengandung ni ditambah lagi buasir membengkak...saya bekerja, saya rasa sakit sangat dan tak mampu nak tanggung lagi rasa sakit ni. Tolong saya.

    ReplyDelete
  4. berapakah kos maksimum untuk rawatan buasir?

    ReplyDelete
  5. Bolehkah buasir yang sedang bengkak di tahap 4 dilakukan dengan teknik safute beim ini?

    ReplyDelete