Cara hidup sehat
Semua orang tahu dan faham bahawa mencegah itu lebih baik dari merawat,
tetapi tidak ramai antara kita yang ambil kisah sangat tentang langkah-langkah
pencegahan sesuatu penyakit sehingga mereka diserang sesuatu jenis penyakit. Malah ramai pesakit-pesakit
yang telah mengalami dan menderita penyakit buasir tidak mengendahkan sangat
tentang teramat penting nya tentang mencegah dan mengawal perkara-perkara
berikut:
1. Menjaga corak pemakanan yang sihat
2. Bersenam dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit
3. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk,
sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit
setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan
langsung dari rektum.
4. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau
ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
5. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk,
cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah
ini berpanjangan.
6. Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau
berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih
dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri
dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda
sentiasa lembut
7.
Elakan
’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan
memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’ semasa membuang air besar.
Membuang air besar secara duduk adalah tidak melancarkan proses defekasi dan
anda perlu meneran lebih kuat untuk mengeluarkan semua najis anda.
8.
Jika
langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu
keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila
menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
Cara
terbaik mencegah buasir adalah untuk menjaga najis tetap lembut, tidak
menahan membuang air besar dan serendah mungkin meneran diwaktu membuang air
besar. Olahraga termasuk berjalan dan mengambil makanan tinggi serat membantu
mengurangi konstipasi dan keperluan meneran dengan cara membuat najis lebih
lembut dan lebih mudah keluar.
Kebanyakan
daripada kita hanya berminat untuk mendapatkan ‘quick fixed’ iaitu bila mendapat buasir baru perlu dirawat dan
baik tanpa mahu turut sama secara aktif dalam mencegah penyakit itu dari
berulang lagi. Tidak ada rawatan buasir dalam dunia ini yang menjamin buasir
itu tidak akan berulang kembali sekiranya pesakit tidak merubah polar pemakanan
dan tabiat membuang air besar. Memastikan tiada konstipasi dan tidak meneran adalah kunci kepada pencegahan
terjadinya buasir.
No comments:
Post a Comment