Buasir

Thursday, 6 September 2012

CONDYLOMA ACUMINATA


Viral Wart di dubur

Condyloma acuminate adalah ‘anogenital warty growth’ yang merupakan penyakit jangkitan melaluai hubungan sex yang disebabkan olehhuman papilloma viruses’ (HPV). Pada permulaan jangkitan warts membentuk ‘small papules’ yang berwarna keputihan ataupun kemerah-merahan. Biasanya terdapat dalam banyak biji-biji halus terutama ditempat-tempat yang lembab dan pertumbuhannya akan lebih cepat dengan adanya infeksi setempat. Pertumbuhan seperti bunga kobis (cauliflower-like structures) yang besar boleh terjadi dan meliputi keselurohan kemaluan. 





Condyloma acuminate adalah berkait rapat  dengan anal intraepithelial neoplasia dan squmous cell carcinoma jadi Condylomas biasanya terjadi di kawasan perianal ataupun di squamous epithelium dalam anal canal dan kadangkala mucosa di bahagian rectum bawah akan turut terlibat

Terdapat kira-kira 30 jenis serotypes Human Papiloma Virus(HPV), sebahagian nya boleh menyebabkan kanser terutamanya kepada pangkal rahim (cervix) dan juga anus. HPV serotypes 16 dan 18 boleh menyebabkan terjadinya kanser tetapi serotypes 6 dan 11 yang biasa nya menyebabkan warts tetapi tidak akan menyebabkan kanser. Walau macam mana pun, Jangkitan HPV ini adalah sangat sering terjadi dan tidak selalunya menyebabkan kanser.

Gejala jangkitan HPV

Jangkitan HPV infeksi biasanya dalam bentuk warts yang terdapat dalam berbagai saiz  yang berbiji-biji halus. Lelaki sering terjadi warts di kepala zakar (glans penis) dan juga di lubang dubur. Perempuan biasanya terdapat di sekitar vagina, vulva, the anal region and the neck of the womb. Terdapat juga warts yang menyerang di mulut dan juga tekak. Ramai juga lelaki dan wanita yang dijangkiti HPV tidak menunjukkan sebarang gejala.

Penularan Jangkitan

Jangkitan dan penularan utama HPV adalah melalui hubungan sex. Penularan boleh berlaku walaupun orang yang ada jangkitan HPV tidak mempunyai sebarang gejala.  Sekiranya wart ada kelihatan maka risiko penularan jangkitan adalah lebih tinggi . Pemakaian kondom ketika melakukan hubungan sex dapat mencegah daei berlaku penularan jangkitan kepada pasangan. Virus HPV juga boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran dari ibu yang mempunyai HPV.

Rawatan

Penyakit jangkitan kelamin harus di sahkan dengan test yang berkaitan dan diberikan rawatan yang sesuai.

Rawatan ‘anal condyloma’ tergantung kepada lokasi dan keterukan serangan warts tersebut. WARTs yang bersaiz kecil disekitar ‘perianal skin’ dan ‘distal anal canal’ boleh dirawat dengan menyapu ‘bichloracetic acid’ atau  podophyllin dan sekitar  60 ke  80% pesakit akan memberikan kesan baik pulih walaupun kes yang berulang dan jangkitan semula adalah sering terjadi.




Imiquimod (Aldara) adalah ‘immunomodulator’ yang baru dikenalkan dalam bentuk krim untuk merawat berbagai infeksi virus termasuk anogenital condyloma. Laporan menunjukkan Aldara adalah sangat berkesan untuk merawat  condyloma yang terdapat di lokasi ‘perianal skin’ dan  ‘distal anal canal’.

Condyloma yang bersaiz besar dan banyak harus di buang melalui ‘excision and/or fulguration’ di dewan bedah.

Teknik Safute BEIM mampu menawarkan rawatan terbaik untuk membuang Condyloma dengan risiko kesakitan, pendarahan dan infeksi yang paling minimal. Tisu warts tersebut harus di hantar untuk pemeriksaan pathology bagi mengesan kanser.









  







No comments:

Post a Comment