Satu pembedahan yang amat menyeksakan
Haemorrhoidectomy adalah satu pembedahan yang dianggap sebagai 'gold standard' didalam pembedahan merawat buasir. Ianya dilakukan dibawah 'general anaesthesia' ataupun 'Spinal anaesthesia dan harus dilakukan didalam dewan bedah di Hospital.
Pembedahan untuk membuang penyakit buasir ini adalah dilaporkan sebagai suatu pembedahan yang paling menyakitkan. Banyak pesakit mendengar cerita dan pengalaman dari kawan-kawan ataupun dari saudara mara yang pernah menjalanai pembedahan 'haemorrhoidectomy' tentang kesakitan dan penyeksaan selepas pembedahan terutamanya semasa membuang air besar dan selepas nya. Kesakitan ini berlarutan hingga 6 ke 8 minggu.
Proses haemorrhoidectomy adalah melibatkan pemotongan tisu buasir dari kulit lubang anus yang amat sensitif hingga ke bahagian dalam anal canal. Dinding kulit di keliling anus dan lapisan dalam anal canal adalah seperti bibir dengan mulut kita, ianya sangat-sangat sensitif dan banyak terdapat deria-deria saraf. Sebarang pemotongan tisu disini adalah tersangat menyakitkan dan pasti diterukkan lagi oleh inflamasi dan infeksi yang berlaku.
Setelah tisu haemorroid di potong maka punca-punca urat darah perlu dijahit ataupun di ikat bagi mencegah berlakunya pendarahan yang berterusan dan banyak. Jahitan atau pun pengikatan ini akan menjadikan punca utama penambahan kesakitan sewaktu hendak membuang air besar, ini terjadi kerana struktur dubur adalah dinamik dengan pengembangan dan pengucupan. Jahitan akan menimbulkan regangan atau terjadi 'tension' semasa pengembangan 'anal spchinter' untuk membuang air besar dan juga pengucupan sesudah selesai membuang air besar.
Luka dari bekas pembuangan buasir biasanya tidak akan di tutup dengan sebarang jahitan dan luka ini akan terus terbuka untuk berminggu-minggu sehingga tertutup secara perlahan-lahan.
Disamping kesakitan yang berterusan, risiko pendarahan dan jangkitan kuman adalah terlalu tinggi dari luka terbuka ini. Luka dari bekas pembuangan buasir ini tidak dijahit kerana untuk mencegah risiko terjadi nya 'anal stricture' (penyempitan lubang dubur) ataupun komplikasi infeksi yang lebih tinggi seperti pembentukan 'anal abscess'.
Komplikasi lain yang boleh terjadi adalah 'anal incontenance', ini terjadi sekiranya sebahagian dari otot anal spchinter terpotong semasa pemotongan tisu buasir.
Berbagai cara dan teknologi telah di cuba untuk mengatasi masalah kesakitan akibat dari pembedahan haemorrhoidectomy. Diantaranya penggunaan diathermy, an electric knife, laser dan ultrasonic machine. Penggunaan ubat penahan sakit, anal muscle relexant, Botox dan pelembut najis tetapi kesakitan selepas pembedahan tetap menjadi masalah utama nya.
Kerana masalah ini banyak doktor yang menasihatkan pesakit cuba makan ubat dahulu dan mengambil polar pemakanan yang betul bagi mengurangkan masalah buasir tersebut. Kerana masalah kesakitan pembedahan ini juga menyebabkan kebanyakan pesakit buasir perengkat 3 dan 4 sanggup menahan ketidak selesaan, rasa malu dan menderita buasir berterusan.
Berbagai usaha lain mereka akan cuba seperti rawatan haemeopathy, traditional, herba, ayurveda, bekam ataupun Tabib China tetapi buasir ini akan tetap terus menghantui hidup mereka.
Read it more about Haemorrhoidectomy
ReplyDelete