Buasir perengkat 1,2 dan 3
Ada berbagai cara perawatan buasir yang biasanya tergantung kepada tahap
buasir yang di hidapi pesakit. Rawatan awal adalah dengan menasihati cara
pemakanan yang betul iaitu pengambilan sayuran, buah-buahan, serat dan air yang
banyak bagi memastikan najis sentiasa lembut. Elakkan meneran yang kuat semasa membuang air
besar dan jauhkan perangai membuang air besar sambil membaca atau mendengar
muzik.
Ubat membantu pengecutan
buasir seperti Daflon, ubat tahan sakit serta ubat suppository
(anucare) untuk dimasukkan ke dubur adalah antara rawatan biasa yang ada untuk
buasir.
Pengubatan dengan ubat hanya bertujuan untuk
mengurangi gejala buasir itu sahaja. Hal-hal yang biasa dicuba
antaranya adalah rendam dengan air suam
selama 10 minit, penggunaan krim hemorrhoid atau ubat suppository
(anucare) ke kawasan yang terkena buasir selama waktu tertentu. Pencegahan
rekurensi buasir atau hemorrhoid dilakukan dengan cara mengurangi tekanan di
kawasan rectum dan meneran kerana konstipasi.
Biasanya doktor akan menganjurkan untuk
meningkatkan konsumpsi serat dan cairan. Minum serat yang tepat dan minum air
6-8 gelas sehari dapat membuat najis lebih lembut. Najis yang lembut membuat proses defekasi lebih
mudah dikeluar. Proses meneran yang minimal membantu mencegah buasir membonjol.
Sumber serat yang baik antaranya adalah buah-buahan dan fiber “whole grains”.
Sebagai tambahan doktor mungkin juga akan memberikan ubat melembutkan najis
yang berfungsi membuat najis lebih lembut atau suplemen serat seperti psylium
atau methylcellulose.
RUBBER
BANDING (Mengikat Dengan Getah)
Ikatan dengan getah di pangkal buasir akan menghentikan darah mengalir ke kawasan yang tersepit dan akhirnya kawasan tersebut akan mati dan terlepas
sendiri dalam 7 hari ke saluran dubur dan dikeluarkan bersama najis semasa membuang
air besar. Tempat ikatan tersebut akan terjadi ulcer dan mengambil masa
seminggu untuk pulih semula.
Teknik ini adalah sangat sesuai hanya
untuk buasir dalaman perengkat I dan II sahaja dan dapat dilakukan di bilik
rawatan klinik sahaja. Buasir perengkat III, IV dan buasir luaran tidak boleh langsung
dirawat dengan teknik ini.
INJEKSI
SKLEROTERAPI
Untuk mengecutkan buasir dan pembuluh
darah ubat diinjeksikan secara langsung ke membrane mukosa di pangkal bonjolan
buasir, cara ini hanya efektif untuk buasir berukuran kecil perengkat I.Untuk perengkat
2 hingga perengkat 4 dan buasir luaran, teknik
ini tidak sesuai digunakan kerana terbukti kurang efektif
SUPER FREEZE (CRYOTHERAPY)
Peralatan
kriogenik menggunakan nitrogen cair untuk membekukan dengan ’super freeze’ bonjolan
buasir. Hal ini menyebabkan bonjolan yang terkena nitrogen cair mati dan
terlepas dalam 7 hari dan terbentuk ulcer yang pulih dalam 1ke 2 minggu. Teknik
ini efektif bila digunakan untuk buasir luaran (external) sahaja.
KOAGULASI
BIPOLAR & UNIPOLAR
Elektroterapi bipolar digunakan untuk memberikan kesan koagulasi secara
langsung di kawasan membran mukosa didekat bonjolan buasir atau hemorrhoid. Specialized
Bipolar Circumactive Probes (BICAP) sangat efektif untuk mengurangkan pendarahan
pada buasir luaran atau buasir dalaman. Desain probe dibuat khusus sehingga
efektif untuk menghentikan perdarahan.
Kelebihan terapi ini adalah kesan sampingan minimal, sakit minimal, tanpa pembedahan
tetapi kekurangannya adalah perlukan terapi lebih dari satu kali. Kadang-kadang
memerlukan sampai 3-5 kali rawatan untuk mencapai kesan terapi yang diinginkan.
Untuk Elektroterapi unipolar seperti ‘Ultroid’
ianya juga berkesan dan selamat digunakan tetapi kurang selesa bagi doktor dan
pesakit kerana pesakit dalam kedudukan litotomi (seperti melahirkan anak
kemudian dimasukkan anoskop Ultroid selama lebih dari 15 minit dan doktor yang
menggunakannya juga harus menahan alat tersebut ditempatnya selama 15 minit. Oleh
kerana itu, alat ini dirasa kurang popular. Pernah juga dilaporkan timbulnya
fistula dengan menggunakan terapi ini.
HEMORRHOIDOLYSIS
Gelombang galvanic yang berfungsi terapeutik diletakkan secara langsung ke bonjolan
buasir atau hemorroid, hal ini menghasilkan reaksi kimia yang membuat bonjolan
buasir mengecut dan melarut. Teknik ini sangat berkesan untuk buasir dalaman
sahaja.
Teknik ini tidak boleh
digunakan untuk buasir luaran dan kelainan lain, selain itu memerlukan terapi
lebih dari satu kali untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
HAL (HEMORRHOIDAL ARTERY
LIGATION)
Hemorrhoidal
arteri ligation (HAL) diilakukan dengan menggunakan proktoskop yang digabungkan
dengan ultrasound Doppler. Jarum dan benang dijahitkan ke bawah arteri .Kemudian
diikat sehingga peredaran darah ke kawasan buasir atau hemorrhoid dihentikan.
Teknik ini sama dengan teknik ligasi
ikatan getah iaitu menghentikan aliran darah ke kawasan buasir. Teknik ini
sangat efektif dan tidak memerlukan pembedahan,dan biasanya buasir akan
berkurang tetapi buasir masih tetap
yang ada dan memerlukan lebih dari satu kali procedure dilakukan.
STAPLED HAEMORRHOIDOPEXY – the "painless" piles
surgery
Teknik
rawatan menggunakan ‘circular stapled’ ini
adalah antara yang terbaru dan tidak begitu menyakitkan dan lebih cepat
penyembuhan, Cuma masalahnya agak terlalu mahal. Pemotongan dilakukan
dibahagian atas rectal sepanjang sekitar 2.0cm akan di buang dan di hubungkan
semula dengan stapled secara
‘circumferential’.
Disebabkan
‘circumferential cut’, kesemua buasir seolah-olah dirawat dengan terangkatnya
keseluruhan ‘anal cushion’ sekitar 2.0cm, Cuma ‘skin tags’ dan buasir luaran tetap
tidak hilang. Komplikasi pendarahan,
fibrous stricture of rectum, spasm of anal canal, dan termasuk juga infeksi di dalam Abdomen
serta kebocoran rectum.
KONVESIONAL HAEMORROIDECTOMY
Pembedahan buasir
adalah dilaporkan sebagai prosedur yang paling menyakitkan. Kebanyakan pesakit
mendengar cerita dan pengalaman daripada kawan ataupun saudara yang pernah
menjalani pembedahan haemorroidectomy menderita kesakitan bermingu-minggu
selepas pembedahan terutamanya sakit yang amat sangat ketika membuang air besar
dan selepasnya serta ketidak selesaan
untuk duduk ataupun berjalan untuk tempoh 4 ke 6 minggu.
Pembedahan Haemorroidectomy
ini adalah teknik yang biasa dilakukan dan ianya merupakan teknik ‘gold standard’ didalam rawatan buasir. Pembedahan
buasir adalah dilakukan dengan memotong bahagian yang amat sensitif di bahagian
kulit dubur dan dasar buasir sehingga semua nya dibuangkan. Bahagian kulit yang
di potong ini kebiasaannya tidak di jahit semula dan dibiarkan terbuka sahaja untuk
proses pemulihan secara semula jadi berlaku.
Pangkal buasir dan beberapa
sumber urat darah akan diikat dengan benang jahitan bagi menghentikan
pendarahan. Ikatan-ikatan ini yang akan menyebabkan pesakit terasa teramat
sakit selepas pembedahan terutamanya hendak membuang air besar dan selepas nya.
Ini disebabkan struktur dubur adalah dinamik dengan adanya ‘anal spchinter’,
sebarang jahitan atau ikatan akan menimbulkan ‘tension’ terutama nya ketika
anal spchinter dibuka atau pun ditutup.
Luka yang terbuka ini
akan sentiasa menyebabkan kesakitan dan juga mudah terdedah kepada risiko
infeksi serta pendarahan. Jahitan kepada luka
tersebut tidak digalakkan untuk mengelakkan terbentuk ‘abscess’ dan ‘anal
stricture’.
Berbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah
kesakitan pembedahan buasir, antaranya penggunaan ‘diathermy’, ‘an electric
knife’, ultrasonics machines dan laser tapi ‘healing’ dan kesakitan tetap
menjadi masalah utama.
RAWATAN OLEH TABIB CINA DAN AYURVEDA
Ramai
pesakit-pesakit yang menderita buasir kecewa dengan memakan ‘Daflon’ dan
menggunakan ubat peluru tidak juga baik-baik dan untuk dioperasi mereka takut,
akhirnya mereka mencari rawatan-rawatan yang terdapat di internet.
Ketahuailah
kebanyakan rawatan alternatif yang banyak diiklankan di internet adalah
merupakan rawatan yang tidak di amalkan oleh doktor-doktor perubatan bertauliah.
Bentuk rawatan yang biasa mereka lakukan adalah dengan memberikan herba-herba
tertentu secara pemakanan atau minuman bagi mengecut dan mengurangkan kesakitan
serta persediaan krim campuran herba untuk disapu kepada tempat buasir
tersebut.
Terdapat
juga pengamal perubatan alternatif ini yang lebih berani dengan menggunakan
kaedah suntikan sclerosant, Ligasi atau
pun kriogenik seperti yang diterangkan diatas. Rawatan ini seharusnya hanya
boleh di amalkan oleh doktor yang bertauliah sahaja kerana kesan sampingan dan
komplikasinya yang boleh membawa kepada mudarat yang teruk.
RAWATAN
DENGAN LASER SAFUTE BEIM
Kesemua rawatan buasir diatas ada
kekurangan dan kelemahan nya yang tersendiri, manakala Laser Safute mampu
menawarkan rawatan yang terbaik dengan menyediakan teknologi terbaru dan tercanggih
dalam perawatan buasir.
Laser Safute BEIM membuat bonjolan tisu
buasir menjadi kering, keras dan membeku
dengan teknologi BEIM (Biological Electrical Impedance Automeasurement)
sehingga buasir yang dipotong tidak menimbulkan perdarahan dan persarafan pun
tertutup oleh kolagen yang dicairkan sehingga menyebabkan rasa sakit yang amat berkurangan.
Doktor
juga dapat lebih cepat melakukan rawatan kerana tidak ada pendarahan dan tidak perlu
jahitan dan pesakit pun dapat pulang kerana menurut penelitian besar 98%
pesakit tidak memerlukan rawatan di Hospital dan boleh pulang kerana risiko
kesakitan dan pendarahan terlalu minimal.
Singkatannya Safute BEIM seselamat cara rawatan buasir tanpa surgery tetapi memberikan kesan yang sama dengan kesan rawatan surgery dan dengan pembiayaan yang jauh lebih rendah kerana tidak perlu rawatan di Hospital. Bahkan pesakit boleh pulang dan kesakitan dan pendarahan selepas rawatan safute BEIM adalah minimal dan hampir 0%.
Hubungi klinik untuk temujanji sekarang
Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com