Buasir

Tuesday, 16 October 2012

SELAMAT DATANG: KLINIK BUASIR SAFUTE



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung 'Klinik Buasir Safute'. 



'Klinik Buasir Safute adalah satu-satu nya Klinik khas dan khusus di Malaysia untuk merawat semua masalah 'ano-rektal' terutamanya masalah buasir luar dan dalam di semua perengkat, anal fissure, ano-recto fistula' 'perianal skin tag' dan 'thrombosed piles' serta 'Codyloma Accuminata' dengan menggunakan teknik Safute BEIM. 





Dengan teknik ini Buasir tidak perlu lagi di rawat di Hospital dengan belanja yang terlalu tinggi dan cukup dirawat secara 'privacy' di Klinik kami sahaja. Teknik Safute BEIM mampu merawat Buasir anda tanpa sebarang luka terbuka dan tidak memerlukan sebarang jahitan. Jadi risiko pendarah nya terlalu minimal dan juga tiada kesakitan yang kuat. Infeksi dan penderitaan yang berlarutan sebagaimana konvesional 'haemorrhoidectomy' juga tidak berlaku dengan teknik  Safute BEIM.

Dengan Teknik Safute BEIM rawatan buasir anda adalah menjadi mudah dan selamat dengan hanya memerlukan suntikan pembiusan setempat sahaja dan hanya mengambil masa 5 ke 15 minit sahaja untuk membuang buasir anda hingga ke akarnya serta  anda langsung boleh pulang kerumah setelah rawatan.



Anda mungkin perlu berehat untuk dua ke tiga  hari melalui MC dan lepas itu seharusnya anda boleh berkerja.


Utk info lanjut lihat : www.klinikbuasir.com atau Bahasa Ingeris nya  di :  www.haemorrhoidsclinic.blogspot.com

Jangan bertangguh kerana buasir tidak akan berkurang malah ianya akan semakin meneruk dari perengkat 1 akan menjadi perengkat 2,3 dan akhir perengkat ke 4. Komplikasi buasir yang sering terjadi adalah pendarahan, infeksi , prolapsed dan juga 'Thrombosed piles'. Thrombosed piles adalah satu keadaan yang amat menyakitkan, ianya terjadi kerana berlaku pendarahan didalam tisu buasir yang semakin membengkak. Rawatan awal adalah lebih baik dan lebih mudah.



HUBUNGI KLINIK UNTUK TEMUJANJI SEKARANG

Patients are seen at Klinik Buasir Safute by appointment only, 
walkin (s) are also accepted if Dr. Zul’s schedule allows.
Our Clinic’s hours are : 9:00 am to 5:00 pm with evening hours scheduled on individual basis.

For appointment please call :Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com


Sunday, 7 October 2012

BERAK MENCANGKUNG

Mampu Rawat Hemorroihds


TANDAS MENCANGKUNG VS TANDAS MANGKUK 

Tandas mencangkung adalah ‘pesen lama’ dan dianggap tidak maju sebab itu lah semua orang apabila membina rumah baru atau rumah-rumah yang di bangunkan oleh pemaju akan memasang tandas ‘mangkuk’….lagi mahal harganya  ataupun yang berjenama akan di anggap lagi standard. Ini adalah pengaruh kemajuan yang dibawa dari barat di awal kurun ke 19 sehinggakan semua hotel, bangunan baru, sekolah malah masjid-masjid  juga di pasangkan tandas mangkuk. Tempat kencing berdiri juga sudah menyeluroh dimana-mana saja termasuk masjid. 

Dari kecil dulu aku dah diajar oleh mak aku untuk kencing dan berak secara mencangkung terutamanya apabila guna tandas awam. Kalau dulu tidak menjadi masalah kerana dimana-mana maseh terdapat tandas mencangkung dan maseh tidak banyak tandas duduk. Ini kerana masalah kebersihan dan terlalu ramai orang yang menggunakan tandas awam yang mempunyai pelbagai jenis warna kulit dan jenis ragam dan boleh membawa berbagai penyakit yang berjangkit.

Dan sampai sekarang pun kalau aku pergi tandas awam, mesti aku akan cari dulu tandas mencangkung . Kalau ada orang guna pun, aku akan tunggu dan kalau tak ada, tandas mangkuk adalah pilihan terakhir aku tapi purata aku guna tandas mangkuk adalah sangat tipis.

Sekarang ini hampir semua tempat hanya memasang tandas mangkuk termasuk pejabat, shooping mall, airport dan juga surau dan masjid jadi untuk berak dengan duduk mencangkung adalah merupakan masalah besar. Budaya masyarakat sekarang telah berubah dan hampir tidak mengenali tandas berak mencangkung!!!

Kebanyakan tandas mangkuk akan memberikan amaran keras ‘jangan duduk mencangkung’ seolah-olah adalah tidak baik dan menjadi kesalahan berak mencangkung??? Sehinggakan tidak ramai yang mahu menggunakan tandas mencangkung sekiranya ada disediakan. Sebenarnya amaran tersebut memberitahu bahawa tandas duduk ini tidak sesuai digunakan untuk duduk berak mencangkung kerana tandas tersebut tidak mampu untuk menampung berat badan kita dan boleh pecah ataupun kita sendiri boleh jatuh tergelecek.


   
Kalau aku terpaksa guna jugak tandas mangkuk, aku akan pastikan pelapik tu aku jirus dengan air dulu dan kemudian laplap dengan tisu dan juga alas dengan tisu baru aku boleh duduk. Jaga kebersihan baii! 

Kelebihan menggunakan tandas mencangkung bukan hanya setakat menghindari kotoran tandas awam saja sebenar nya tetapi banyak faedah dan khasiat kesihatan serta penyakit penyakit kronik yang dapat kita cegah dan atasi dalam jangka waktu panjang. 

Di dalam islam adalah sunat untuk kencing dan berak secara mencangkung. Bagi lelaki seharusnya kencing sambil mencangkung dan selepas habis kencing harus berdehem-dehem sebanyak 3 kali. Berdehem 3 kali sambil kencing berdiri tidak menjamin semua air kencing habis dikeluarkan. Begitu juga perempuan amat sesuai dan semula jadi dengan kencing mencangkung dan sesudahnya mengurut sedikit bahagian dibawah perut (bawah pada pusat).

Berak atau membuang air besar juga dituntut untuk duduk secara mencangkung sama ada lelaki atau wanita.  Mencangkung ini dapat memastikan najis keluar dengan lawas dan habis kesemuanya. Sebenarnya berak mencangkung ini mengikut sunnah nabi dan ada dinyatakan masa mencangkung tu, harus mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis itu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Dengan duduk mencangkung kita dapat dengan mudah untuk membersehkan dubur dan lubang anus serta memastikan istinja kita bersih mengikut syariat islam. Semasa duduk mencangkung dubur kita terbuka dengan maksima dan lubang anus akan juga terbuka dengan sendirinya tanpa ada kedutan di dindingnya, jadi dengan menggunakan air gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri. Kebersihan dapat dipastikan dengan hilangnya air najis, warna, rasa  dan baunya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.

Sekiranya anda berak secara duduk ditandas mangkuk, kedua-dua peha anda tertutup rapat, bontot anda tidak terbuka sepenuhnya dan lubang dubur anda langsung tidak terbuka jadi   adalah susah untuk membersihkan dengan betul terutama di bahagian kedutan-kedutan di dinding anus. Tidak mengherankan banyak pesakit-pesakit yang apabila saya pereksa anusnya maseh terdapat cebisan dan sisa-sisa najis di antara kedutan-kedutan dinding anusnya. Yang jelas nya sisa-sisa najis ini menyebabkan sembahyang kita dalam keadaan berhadas.

Begitu juga ketika mandi wajib, kalau kita mandi menggunakan ‘shower’ dan hanya berdiri sahaja maka adalah di was waskan bahawa mandi wajid anda tidak sah. Ini kerana bahagian lubang anus anda tidak akan terkena air untuk dibersehkan jadi anda seharusnya duduk mencangkung untuk membuka celah punggong anda (terutama untuk orang yang gemuk) dan membuka lubang anus anda supaya air dapat sampai kesana dan membersehkannya, baru lah mandi hadas besar anda menyakinkan 

Tandas dan cara duduk berak juga memanikan peranan penting dalam kita beribadat dan juga memberikan manafaat kesihatan kepada kita , seharusnya kita semua kembali kepada cara semula jadi kita diciptakan dan tandas-tandas di tempat awam dan juga semua surau dan masjid harusnya dibena untuk duduk mencangkung dan cuma beberapa unit khas tandas mangkuk untuk kegunaan orang sakit lutut, gemuk dan yang kurang upaya. JAKIM harus memastikan tandas-tandas ini memenuhi syariat compliance bagi kemudahan umat islam beribadat.

Secara kesihatan, banyak penyakit-penyakit kronik yang sukar ataupun tiada rawatan nya yang kebanyakan nya berpunca dari berak duduk ditandas moden!!

Tujuh kelebihan tandas mencangkung:

1. Pembuangan najis lebih cepat, mudah dan lawas semuanya. Dapat mencegah "fecal stagnation," yang merupakan punca asas kepada 'colon cancer', 'appendicitis' dan  'inflammatory bowel disease'.

2. Mencegah rangkaian saraf yang mengawal 'prostate', 'bladder' dan 'uterus' daripada teregang dan rosak .

3. Mencangkung dapat menyokong dan menutup rapat  injap ‘ileocecal’ yang terletak antara usus kecil dan kolon. Dalam situasi berak duduk ditandas mangkuk, injap ‘ileocaecal’ tidak disokong dan biasanya ia akan ada kebocoran semasa meneran untuk membuang air besar dan menyebabkan kontaminasi kepada usus kecil berlaku.

4. Merehatkan puborectalis muscle yang biasanya mencengkam rectum  untuk menahan pengeluaran najis.

5. Dapat menggunakan bantuan kedua-dua belah peha untuk support kolon dan mengurangkan keperluan meneran. Meneran secara kronik semasa berak boleh menyebabkan terjadinya 'hernias', 'diverticulosis', dan 'pelvic organ prolapse'.

6. Salah satu kaedah yang amat berkesan dalam mengawal dan mencegah hemorrhoids, sebagaimana yang di buktikan dalam beberapa kajian klinikal yang di keluarkan dalam berbagai journal.

7. Untuk perempuan mengandung, mencangkung dapat mencegah tekanan kepada  uterus semasa kencing dan berak. Malah amalan mencangkung yang dilakukan tiap hari dapat menyediakan untuk proses kelahiran yang natural. 

Sejarah 

Manusia adalah sama seperti primates lain nya yang akan mencangkung untuk membuang najisnya. Anak-anak kecil dari mana-mana masyarakatpun akan menggunakan kedudukan mencangkung ini secara semula jadi  untuk bermain, berehat dan membuang air kecil ataupun membuang air besar. Walaupun rasanya aneh bagi sesetengah orang yang telah berpuloh tahun berak secara duduk ditandas, tetapi hakikatnya cara duduk mencangkung ini adalah cara badan kita direka untuk berfungsi secara normal. Mencangkung ini adalah cara datuk nenek kita dahulu membuanmg air besar sehinggalah pada pertengahan abad ke 19 baru di perkenalkan tandas berak secara duduk. Sebelum nya tandas duduk seperti kerusi hanya digunakan oleh raja-raja dan orang yang kurang upaya.    

Kebersihan yang mampu di tawarkan oleh tandas duduk menjadikan ianya begitu popular sejak diperkenalkan dibarat dan akhirnya diterima secara meluas ke Amerika, Australia dan Negara-negara timur tengah. ‘Indoor plumbing’ yang berkembang pada 1800 turut membantu mempromosi tandas duduk dan diterima sebagai kemajuan dan standard yang tinggi dalam kehidupan tanpa melihat kepada ‘internal cleanliness’ dan aspek kesihatan. 

Kebaikan sanitasi yang ditawarkan tandas duduk menyebabkan orang lupa kepada kesilapan ‘ergonomic’ yang besar dengan berak secara duduk menyebabkan sukar untuk membuang air besar dan tidak dapat dibuang dengan sepenuhnya dan menyebabkan orang terpaksa meneran untuk berak.

150 tahun dahulu tidak seorang pun yang menjangkakan bagaimana kesan ‘tandas duduk’ akan mempengaruhi kesihatan penduduk dunia. Pada hari ini, setelah lebih 150 tahun tandas duduk diperkenalkan ramai pakar-pakar perubatan menyalahkan kepada ‘tandas duduk moden’ yang menyebabkan tinggi nya kejadian berbagai penyakit yang berkait dengan usus besar. Negara-negara barat mempunyai kejadian tinggi penyakit-penyakit kolon dan ‘pelvic diseases’, seperti yang ditunjukkan dalam laporan ‘Israel Journal of Medical Science’:

The prevalences of bowel diseases (hemorrhoids, appendicitis, polyps, ulcerative colitis, irritable bowel syndrome, diverticular disease, and colon cancer) are similar in South African whites and in populations of prosperous western countries. Among rural South African blacks with a traditional life style, these diseases are very uncommon or almost unknown.

Kebersihan dan kesihatan kolon tergantung kepada kelancaran proses pembuangan najis setiap hari. Manusia telah diciptakan dengan baik untuk membuang najis setiap hari dalam kedudukan mencangkung supaya kolon berkedudukan lurus serta dapat ditekan dan di picit dengan kedua-dua belah peha bagi mengosongkan nya tanpa perlu meneran. Dalam waktu yang sama otot ‘puborectalis’ perlu relax dan injap ‘ileocecal’ dari usus kecil harus tertutup rapat. Tandas duduk tidak dapat menepati kesemua keperluan semula jadi ini menyebabkan adalah mustahil untuk mengosongkan kolon sepenuhnya.

Pembuangan yang tidak lengkap menyebabkan ada baki najis terkumpul dan mendap dibahagian bawah kolon. Dimendapan ini berbagai koloni kuman membiak dan boleh menyebabkan inflamasi kepada tisu-tisu usus di sekitarnya. Tergantung dibahagian mana dan jenis bacteria yang terlibat, inflamasi ini dipanggil dengan berbagai nama penyakit seperti Appendicitis, diverticulitis, ulcerative colitis, dan  Crohn's Disease. 

Daripada anatomy dan kejadian ‘inflammatory bowel disease’ yang berkaitan dengan berak duduk dapat digunakan berak mencangkung bagi merawat dan mencegah penyakit-penyakit tersebut. Mr. Wallace Bowles, seorang pengkaji Australia telah menyatakan : 

I have received reports regarding several people, aged between 5 and 45 years, diagnosed with Crohn’s Disease. Inflammatory bowel conditions are shown to react most positively when the cumulative injury of seated elimination is relieved by squatting. People with IBD who have changed to the squat posture for bowel movements report significant improvement within a few weeks and, in time, have lost all symptoms of this horrendous condition.


KANSER KOLON

Kolon adalah tiub sepanjang 5 ke 6 kaki  yang menampong pembuangan dari usus kecil  dan bergerak ke rectum dengan kecutan otot yang rhythmic. Semasa berada di kolon kandung air terus diserap semula dan sekiranya pergerakan najis terganggu maka proses penyerapan air yang berterusan akan menyebabkan najis mengering dan melekat pada dinding kolon. 


Tandas duduk menghalang pengaliran najis, 
sebab ia mengabaikan 4 keperluan asas:

1. ‘Sigmoid colon’ (tempat paling kerap terjadi kanser kolon) perlukan support dan tekanan dari peha kiri untuk pembuangan najis yang lengkap. Tekanan dari Peha kiri membantu mengangkat ‘sigmoid colon’ dan membuka bengkokkan di tempat menyambung ke rectum.

2. ‘Cecum’ (tempat kedua kerap kanser kolon) perlukan tekanan dan himpitan dari peha kanan untuk menolak najis naik keatas dan memasuki ‘ascending colon’.

3. ‘Rectum’ (tempat ketiga kerap kanser kolon) sentiasa di cengkam oleh otot 'puborectalis' bagi menghalang atau mencegah kebocoran najis.

4. Keselurohan kolon perlu ditekan dengan injap 'ileocecal' tertutup rapat bagi mengujudkan    suatu tekanan yang mencukupi di dalam kolon untuk membantu  mengeluarkan najis

Tempot bengkokkan antara sambungan ‘sigmoid’ dan rektum, adalah mempunyai fungsi penting untuk mengawal pengeluaran najis. Ia berfungsi seumpama ‘brakes’ kepada aliran ‘peristalsis’ dan secara tak langsung mengurangkan bebanan fungsi otot puborectalis dalam mencekam kolon.

Untuk keselamatan, secara semula jadi telah diciptakan berbagai halangan atau system kawalan untuk pengeluaran najis dan bagi mencegah kebocoran. Kunci kepada utama kepada kawalan ini adalah ‘mencangkung’, dalam posisi berdiri atau duduk kolon akan berada dalam mod ‘cegah kebocoran’. Sebab itulah dalam kedudukan berak di tandas mangkuk kolon tidak ditekan oleh peha dan cengkaman otot puborectalis serta bengkokan sigmoid kolon dan rectum menghalang pengeluaran najis.

Halangan-halangan  ini menyebabkan susah pembuangan najis, perlu meneran dengan kuat, mengambil masa yang lama dan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Keadaan ini seumpama kita memandu kereta tanpa melepas kan ‘hand brake’. Sisa najis yang tertinggal akan terus diserap air, menjadi kering, melekat ke dinding kolon, menyempitkan saluran kolon, memudaratkan sel-sel di permukaan kolon, pendedahan toksin yang lama  dan akhirnya terjadi mutasi kanser.

Penerangan ini jelas dapat menkaitkan kanser kolon dengan sembelit yang kronik. Mengikut satu kajian tahun 1998 yang dilaporkan dalam journal Epidemiology, "orang yang mengalami sembelit akan 4x lebih tinggi daripada yang tidak mengalami sembelit untuk terjadi kanser kolon". Kajian tersebut juga mendapati orang yang sering menggunakan ubat laxatives mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser kolon. 


Sembelit

Sembelit atau konstipasi yang kronik akan banyak memberikan kesan burok kepada kolon. Kolon akan sentiasa menyerap air daripada najis sehinggakan najis yang tidak dibuang sepenuhnya akan menjadi keras dan melekat kepada dinding kolon. 

Sembelit yang kronik menyebabkan peningkatan risiko kanser kolon dan juga sembelit dikaitkan dengan  penyakit ‘diverticulosis’ dan ‘appendicitis’. Risiko kolon kanser juga meningkat dengan kesan pengambilan berbagai laxatives. 

Mencangkung dapat mencegah sembelit dengan 4 cara berikut:

1. Najis dapat keluar mudah dengan tarikan gravity. Berat badan yang ditekan oleh kedua-dua belah peha secara semula jadi menghimpit kolon  serta tekanan dari ‘diaphragm’ menambah tarikan gravity.

2. Injap ‘ileocecal’ yang tertutup rapat di antara usus kecil dan kolon menghasilkan tekanan penuh didalam kolon untuk menolak najis ke rectum.  Dalam situasi berak duduk, injap ic tidak disupport dan biasanya berlaku kebocoran dan menyebabkan sukar untuk menghasilkan tekanan yang diperlukan didalam kolon.  

3. Mencangkung secara semula jadi otot ‘puborectalis’ akan relax dan melepaskan cengkaman kepada rectum yang sentisa dilakukannya untuk menghalang laluan najis keluar. 

4. Mencangkung dapat mengangkat ‘sigmoid colon’ untuk ‘unlock the "kink"’ pada bukaan kemasukan  ke dalam rectum. Bengkokan antara sigmoid kolon dan rectum ini sebenarnya membantu mengurangi beban otot puborectalis menahan pengaliran najis keluar. 

Direngkaskan, kolon di lengkapkan dengan ‘inlet valve’ (injap ileocecal) dan ‘outlet valve’ (injap otot puborectalis). Duduk mencangkung dapat merangsang secara serentak penutupan ‘inlet valve’ untuk memastikan usus kecil bersih dan membuka ‘outlet valve’ bagi najis dapat keluar melalui nya. Duduk di tandas mangkuk menghalang fungsi kedua-dua injap tersebut dan menyebabkan pembuangan najis amat menyusahkan serta tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dan dalam waktu yang sama akan mengotorkan usus kecil.

Otot ‘sphincter’ adalah bertindak sebagai ‘outlet valve’ yang kedua, yang boleh dikawal oleh kita untuk sementara waktu sahaja. Kawalan sebenar kepada pengeluaran najis adalah oleh cenkaman berterusan oleh otot ‘puborectalis’. Dalam posisi duduk, cengkaman otot puborectalis tidak dilepaskan malah ia akan dipaksa terbuka sedikit dengan meneran dan hanya sebahagian najis saja dikeluarkan. Kesan meneran yang kuat dan berulang-ulang bertahun-tahun menyebabkan terjadinya hemorrhoids jadi ianya juga boleh diklassifikasikan sebagai ‘repetitive strain injury’.

Kesimpulan nya, tandas mangkuk duduk telah mengakibatkan penderitaan yang tidak sepatutnya terjadi kepada masyarakat seluroh dunia dan menghabiskan berbilion usd didalam kos perawatan kesihatan yang berpunca daripada berak secara tidak normal. Sudah sampai masa nya untuk manusia kembali semula kepada cara berak semula jadi yang amat bersesuai dengan asal kejadian nya dan meninggalkan pengalaman yang salah ini.

Friday, 14 September 2012

GAMBAR SEBELUM & SEGERA SELEPAS RAWATAN

KLINIK BUASIR SAFUTE


'Open Haemorrhoidectomy' adalah cara rawatan pembedahan yang dianggap sebagai 'gold standard' didalam rawatan buasir. Cuba anda bandingkan cara konvesional 'haemorrhoidectomy' dengan melihat gambar  sebelum rawatan dan sesudah rawatan di bawah  ini.
SEEBELUM RAWATAN

SELEPAS  'HAEMORRHOIDECTOMY'  

Keadaan selepas rawatan amatlah mengerikan dengan luka terbuka dan kesakitan yang amat sangat terutamanya jika mahu membuang air besar.


Ikatan jahitan untuk mematikan punca darah (kelihatan hujung benang hitam) akan menyebabkan 'tension' berlaku semasa pergerakan anal sphchinter untuk membuka lubang anus bagi membuang air besar ataupun  setelah selesai dan ini yang menerukkan rasa sakit.
                                                                                                                                             



Sebelah ini adalah gambar yang biasa terjadi setelah rawatan haemorrhoidectomy. Luka terbuka ini amat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk baik, boleh sampai 6 ke 8 minggu.


SEBELUM
Bayangkan sakit dan pedih apabila hendak membuang air besar dan selepasnya.
Pendarahan dan infeksi boleh terjadi bila-bila masa serta ini akan menerukkan lagi keadaan.

SELEPAS RAWATAN  SAFUTE


Dibawah ini pula adalah himpunan  gambar-gambar sebelum rawatan Teknik Safute BEIM dan kemudian nya gambar segera sesudah rawatan Teknik Safute BEIM dilakukan. Anda lihat sendiri, amat jauh bezanya hasil dengan rawatan TeknikSafute BEIM. 



Anda tidak perlu bimbang tentang pendarahan. Tiada risiko untuk berlakunya jangkitan kuman dan yang penting sekali kesakitan dan penyeksaan nya tidak seterok yang diatas. 


Tiada sebarang jahitan dilakukan jadi tidak akan terhasil sebarang 'tension' semasa pergerakan 'anal sphincter' untuk membuang air besar ataupun selepasnya.


SEBELUM  & SELEPAS  RAWATAN SAFUTE
SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE
















Seterusnya gambar-gambar sebelum dan selepas rawatan teknik safute BEIM.









SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE

SEBELUM & SELEPAS   RAWATAN SAFUTE
PERHATIKAN :


TIADA LUKA TERBUKA

SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE
SEBELUM & SELEPAS  RAWATAN  SAFUTE









TIDAK ADA SEBARANG JAHITAN








GUMPULAN BUASIR LANGSUNG HILANG SEGERA SELEPAS RAWATAN SAFUTE






BUASIR DI BUANG SEHINGGA KE AKAR UMBI NYA
SEBELUM 
SELEPAS RAWATAN SAFUTE


Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com






Thursday, 6 September 2012

KONVESIONAL 'OPEN HAEMORRHOIDECTOMY'



Satu pembedahan yang amat menyeksakan

Haemorrhoidectomy adalah satu pembedahan yang dianggap sebagai 'gold standard' didalam pembedahan merawat buasir. Ianya dilakukan dibawah 'general anaesthesia' ataupun 'Spinal anaesthesia dan harus dilakukan didalam dewan bedah di Hospital.

Pembedahan untuk membuang penyakit buasir ini adalah dilaporkan sebagai suatu pembedahan yang paling menyakitkan. Banyak pesakit  mendengar cerita dan pengalaman dari kawan-kawan ataupun dari saudara mara yang pernah menjalanai pembedahan 'haemorrhoidectomy' tentang kesakitan dan penyeksaan selepas pembedahan terutamanya semasa membuang air besar dan selepas nya. Kesakitan ini berlarutan hingga 6 ke 8 minggu.

Proses haemorrhoidectomy adalah melibatkan pemotongan tisu buasir dari kulit lubang anus yang amat sensitif hingga ke bahagian dalam anal canal. Dinding kulit di keliling anus dan lapisan dalam anal canal adalah  seperti bibir dengan mulut kita, ianya sangat-sangat sensitif dan banyak terdapat deria-deria saraf. Sebarang pemotongan tisu disini adalah tersangat menyakitkan dan pasti diterukkan lagi oleh inflamasi dan infeksi yang berlaku.

Setelah tisu haemorroid di potong maka punca-punca urat darah perlu dijahit ataupun di ikat bagi mencegah berlakunya pendarahan yang berterusan dan banyak. Jahitan atau pun pengikatan ini akan menjadikan punca utama penambahan kesakitan sewaktu hendak membuang air besar, ini terjadi kerana struktur dubur adalah dinamik dengan pengembangan dan pengucupan. Jahitan akan menimbulkan regangan atau terjadi 'tension' semasa pengembangan 'anal spchinter' untuk membuang air besar dan juga pengucupan sesudah selesai membuang air besar.

Luka dari bekas pembuangan buasir biasanya tidak akan di tutup dengan sebarang jahitan dan luka ini akan terus terbuka untuk berminggu-minggu sehingga tertutup secara perlahan-lahan.

Disamping kesakitan yang berterusan, risiko pendarahan dan jangkitan kuman adalah terlalu tinggi dari luka terbuka ini. Luka dari bekas pembuangan buasir ini tidak dijahit kerana untuk mencegah risiko terjadi nya 'anal stricture' (penyempitan lubang dubur) ataupun komplikasi infeksi yang lebih tinggi seperti pembentukan 'anal abscess'.

Komplikasi lain yang boleh terjadi adalah 'anal incontenance', ini terjadi sekiranya sebahagian dari otot anal spchinter terpotong semasa pemotongan tisu buasir.

Berbagai cara dan teknologi telah di cuba untuk mengatasi masalah kesakitan akibat dari pembedahan haemorrhoidectomy. Diantaranya penggunaan diathermy, an electric knife, laser dan ultrasonic machine. Penggunaan ubat penahan sakit, anal muscle relexant, Botox dan pelembut najis tetapi kesakitan selepas pembedahan tetap menjadi masalah utama nya.

Kerana masalah ini banyak doktor yang menasihatkan pesakit cuba makan ubat dahulu dan mengambil polar pemakanan yang betul bagi mengurangkan masalah buasir tersebut. Kerana masalah kesakitan pembedahan ini juga menyebabkan kebanyakan pesakit buasir perengkat 3 dan 4 sanggup menahan ketidak selesaan, rasa malu dan menderita buasir berterusan.

Berbagai usaha lain mereka akan cuba seperti rawatan haemeopathy, traditional, herba, ayurveda, bekam ataupun Tabib China tetapi buasir ini akan tetap terus menghantui hidup mereka.





ANAL FISSURE

Kondisi Luka Kronik di dubur


Anal fissure adalah retak atau luka pada jaringan sensitif  lubang dubur. Penyakit ini dapat terjadi pada semua umur namun paling sering terjadi pada bayi, anak-anak dan orang dewasa di atas 60 tahun dan lebih sering terjadi pada perempuan dari pada laki-laki.

PENYEBAB

1.  Regangan anus yang melebihi kebiasaannya, misalnya karena najis nya sangat besar dan keras

2. Adanya keadaan di mana anus akan kehilangan elastisitasnya dan terjadi tisu fibrosis, misalnya ada polip, hemorhoid, skin tag (lipatan kulit yang tadinya normal kemudian menebal). Perkara  ini sering terjadi pada anak-anak yang sering meneran kuat, misalnya kesulitan buang air besar atau kecil.

3. Luka karena trauma daerah anus seperti aktibiti sex melalui anal.

GEJALA

1. Rasa sakit nyeri ketika mengeluarkan najis yang keras atau besar.

2. Ada kesan-kesan  darah merah di kertas toilet, seluar dalam ataupun pampers.

3. Gatal di sekitar dubur.


FAKTOR RESIKO
  • Sembelit.
  • Beberapa kehamilan. 

PENCEGAHAN

Anal fissure dapat di cegah dengan memastikan tiada masalah sembelit. Diantara perkara-perkara yang mudah dilakukan untuk mencegah sembelit adalah dengan minum air  sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, banyak mengambil makanan yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan. Ubat untuk melembutkan najis berserta fibers juga dapat membantu.

Hindari dari meneran dengan kuat semasa membuang air besar dapat mencegah terjadi anal fissure ataupun menerukkan buasir.

DIAGNOSA DAN PENGOBATAN

Doktor akan mengambil sejarah perubatan pesakit dan melakukan pemeriksaan fisikal untuk mendignosa anal fissure. Ini biasanya sudah memadai, tetapi pemeriksaan anus dan rektum dengan anoscope ataupun sigmoidoscope mungkin diperlukan kalau ada masalah lain yang mungkin di fikirkan seperti Chron’s diseases atau kanser colorectal.

Doktor biasa tidak akan melakukan pemeriksaan dengan jari kerana keadaan anal fissure biasanya sangat menyakitkan.

Sekiranya mengambil serat, minum lebih air, bersenam dan mengambil pelembut najis maseh juga tidak berkesan maka doktor akan mencadangkan perkara berikut:
·       Fiber supplements. 
Mengambil fiber secara berterusan akan memastikan najis anda lembut dan mudah untuk dikeluarkan jadi ini dapat mencegah iritasi kepada luka tersebut.
·       Sitz baths. 
Merendam punggong didalam air suam sekitar 10 to 20 minit  beberapa kali sehari terutamanya  setiap kali selepas membuang air besar dapat membantu ‘relax the sphincter’ dan mengalakkan proses pemulihan. Jangan gunakan sabun, ini mungkin akan menambahkan iritasi kepada tempat luka tersebut. 
·       Krim berubat. 
Doktor anda akan memberikan kream ataupun ointment untuk disapu kepada tempat tersebut eg: Anusol-HC, zinc oxide, others. Ini akan dapat mengurangkan kesakitan daripada luka tersebut. 
·       Nitrogylcerin. 
Sapuan nitroglycerin ointment kepada dubur dapat membantu peningkatan pengaliran darah kekawasan anal fissure dan merangsangkan proses pemulihannya. Rawatan ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada 'anal sphincter' dan mengurangkan 'spasm' dan juga kesakitan. Kesan sampingan adalah sakit kepala, rendah tekanan darah dan pening kepala (dizziness). 
·       Botox. 
Suntikan botox dalam dos yang kecil kepada otot anal sphincter dapat melemahkan nya untuk tempoh 4 ke 6 bulan bagi mengatasi masalah ‘spasm’ dan merangsang pemulihan luka tersebut

·       Calcium channel blockers. 
     Ubat tekan darah tinggi seperti nifedipine (Adalat)dan diltiazem (Cardizem), yang di makan atau pun yang dalam bentuk gel/cream yang disapu kepada fissure dapat membantu pemulihan .

Pembedahan  

Sekiranya anda mengalami kronik anal fissure yang tidak baik dengan segala rawatan diatas, maka pembedahan adalah pilihan terbaik untuk anda. Pemotongan tisu ‘anal fissure’ dan juga pemotongan sebahagian otot ‘anal sphinter’ bagi mengurangkan ‘spasm’ , kesakitan dan mengalakkan pemulihan. Teknik SAFUTE BEIM mampu menawarkan yang terbaik dalam merawat anal fissure ini kalau dibandingkan dengan teknik konvensional.


































CONDYLOMA ACUMINATA


Viral Wart di dubur

Condyloma acuminate adalah ‘anogenital warty growth’ yang merupakan penyakit jangkitan melaluai hubungan sex yang disebabkan olehhuman papilloma viruses’ (HPV). Pada permulaan jangkitan warts membentuk ‘small papules’ yang berwarna keputihan ataupun kemerah-merahan. Biasanya terdapat dalam banyak biji-biji halus terutama ditempat-tempat yang lembab dan pertumbuhannya akan lebih cepat dengan adanya infeksi setempat. Pertumbuhan seperti bunga kobis (cauliflower-like structures) yang besar boleh terjadi dan meliputi keselurohan kemaluan. 





Condyloma acuminate adalah berkait rapat  dengan anal intraepithelial neoplasia dan squmous cell carcinoma jadi Condylomas biasanya terjadi di kawasan perianal ataupun di squamous epithelium dalam anal canal dan kadangkala mucosa di bahagian rectum bawah akan turut terlibat

Terdapat kira-kira 30 jenis serotypes Human Papiloma Virus(HPV), sebahagian nya boleh menyebabkan kanser terutamanya kepada pangkal rahim (cervix) dan juga anus. HPV serotypes 16 dan 18 boleh menyebabkan terjadinya kanser tetapi serotypes 6 dan 11 yang biasa nya menyebabkan warts tetapi tidak akan menyebabkan kanser. Walau macam mana pun, Jangkitan HPV ini adalah sangat sering terjadi dan tidak selalunya menyebabkan kanser.

Gejala jangkitan HPV

Jangkitan HPV infeksi biasanya dalam bentuk warts yang terdapat dalam berbagai saiz  yang berbiji-biji halus. Lelaki sering terjadi warts di kepala zakar (glans penis) dan juga di lubang dubur. Perempuan biasanya terdapat di sekitar vagina, vulva, the anal region and the neck of the womb. Terdapat juga warts yang menyerang di mulut dan juga tekak. Ramai juga lelaki dan wanita yang dijangkiti HPV tidak menunjukkan sebarang gejala.

Penularan Jangkitan

Jangkitan dan penularan utama HPV adalah melalui hubungan sex. Penularan boleh berlaku walaupun orang yang ada jangkitan HPV tidak mempunyai sebarang gejala.  Sekiranya wart ada kelihatan maka risiko penularan jangkitan adalah lebih tinggi . Pemakaian kondom ketika melakukan hubungan sex dapat mencegah daei berlaku penularan jangkitan kepada pasangan. Virus HPV juga boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran dari ibu yang mempunyai HPV.

Rawatan

Penyakit jangkitan kelamin harus di sahkan dengan test yang berkaitan dan diberikan rawatan yang sesuai.

Rawatan ‘anal condyloma’ tergantung kepada lokasi dan keterukan serangan warts tersebut. WARTs yang bersaiz kecil disekitar ‘perianal skin’ dan ‘distal anal canal’ boleh dirawat dengan menyapu ‘bichloracetic acid’ atau  podophyllin dan sekitar  60 ke  80% pesakit akan memberikan kesan baik pulih walaupun kes yang berulang dan jangkitan semula adalah sering terjadi.




Imiquimod (Aldara) adalah ‘immunomodulator’ yang baru dikenalkan dalam bentuk krim untuk merawat berbagai infeksi virus termasuk anogenital condyloma. Laporan menunjukkan Aldara adalah sangat berkesan untuk merawat  condyloma yang terdapat di lokasi ‘perianal skin’ dan  ‘distal anal canal’.

Condyloma yang bersaiz besar dan banyak harus di buang melalui ‘excision and/or fulguration’ di dewan bedah.

Teknik Safute BEIM mampu menawarkan rawatan terbaik untuk membuang Condyloma dengan risiko kesakitan, pendarahan dan infeksi yang paling minimal. Tisu warts tersebut harus di hantar untuk pemeriksaan pathology bagi mengesan kanser.