Buasir

Tuesday, 21 August 2012

JENIS JENIS BUASIR



Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

• Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.


• Buasir Luaran:

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya



Internal haemorroids boleh dibahagikan kepada 4 bahagian(stage):


Stage I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar
   
 
Stage II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak












Stage III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak
   

Stage IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula

Dalam praktik klinikal sebenarnya presentasi pesakit biasanya bercampur-campur diantara perengkat –perengkat diatas dan kebanyakan orang hanya mendapatkan pemeriksaan setelah bertahun-tahun mengalami buasir. Jadi kes buasir kronik biasanya terdapat ‘skin tags’ yang tidak sekata, ‘external haemorroids’, ‘polyp’ (fibroepithelial polyps dan hypertrophic papillae) ataupun terdapat juga ‘anal fissures’ dan ‘fistula’.
Buasir kronik juga boleh terdapat lebih dari 3 tempat klasik mengikut saluran vena di jam 3, 7 dan jam 11  malah boleh meliputi di sekeliling anus.



BAGAIMANA BUASIR DI DIAGNOSA ?


Bagamaimana Buasir / Hemorrhoids di Diagnosis?

Pemeriksaan menyeluruh dan diagnosis yang baik dari seorang doktor sangat penting bila ada gejala perdarahan dari rectum. Perdarahan boleh jadi merupakan gejala penyakit lain dari saluran pencernaan termasuk kanser kolorektal. Doktor akan melakukan inspeksi pada kawasan rectum untuk mencari pembesaran pembuluh darah vena yang mengarah ke buasir atau hemorrhoid dan juga akan melakukan pemeriksaan jari untuk menentukan sebarang abnormaliti pada kawasan rectum.
Selain itu, doktor dapat melakukkan “Procedure Anoskop” untuk melihat secara langsung bagi menentukan sebarang abnormaliti dikawasan rectum. Kemungkinan gangguan terletak lebih di atas dari rectum misalnya kolon bawah (sigmoid). Doktor biasanya perlu melakukan pemeriksaan  yang lebih mendalam diseluruh kolon dengan “Procedure Colonoscopy”.

BERAPA SERINGKAH GANGUAN BUASIR?


Seberapa Seringkah Gangguan Buasir Itu?

Buasir atau haemoroid sangat biasa terjadi pada lelaki  dan wanita. Sekitar setengah dari populasi memiliki buasir pada umur 50 tahun. Buasir juga amat biasa pada wanita yang hamil. Tekanan dari fetus didalam perut dan begitu juga dengan perubahan hormon menyebabkan vena dan ‘anal cushions’ dikawasan rectum itu membesar dan membengkak. Vena-vena dan ‘anal cushions’ ini juga mendapat tekanan yang besar di saat melahirkan. Untungnya untuk kebanyakan wanita, setelah melahirkan biasanya buasir dapat sembuh dengan sendiri.

BOLEHKAH BUASIR BERTUKAR MENJADI KANSER ?


Bolehkah Buasir Bertukar Menjadi Kanser?

Buasir tidak akan menjadi kanser, Cuma gejala berdarah apabila membuang air besar  boleh terjadi kepada buasir dan juga kepada kanser rectum, kolon atau anus. Banyak juga pesakit mengangap mereka mengidap buasir apabila ada darah dalam najis dan tidak kisah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sehingga kansernya sudah melarat.


Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com

GEJALA BUASIR


Apakah Gejala Buasir itu?

Banyak gangguan anorektal termasuk fissura, fistula, abses atau iritasi dan gatal (pruritus anus) memiliki gejala yang serupa dan seringkali disalah diagnosa dengan buasir. Buasir biasanya tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Sangat jarang seorang penderita mengalami pendarahan yang sangat teruk  sehingga menimbulkan anemia teruk atau kematian. Banyak kes gejala buasir cenderung berulang dan seringkali lebih buruk dari sebelumnya. Dan satu hal lagi yang mesti diketahui, ramai  sekali orang yang menderita buasir tetapi tidak semuanya bergejala.



Gejala yang paling umum dari buasir dalaman (internal) adalah percikan darah merah segar yang menitis setelah membuang air besar. Buasir dalaman (internal) cenderung membonjol keluar dari anus dan akhirnya  terjadi iritasi dan kesakitan.


Gejala dari buasir luaran (external) termasuk pembengkakan yang sakit atau tidak sakit ataupun bonjolan keras disekitar anus akibat adanya pembekuan darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘thrombosed haemorroid’.

Sebagai tambahan, meneran berlebihan, menggosok atau membersihkan daerah anus dapat menimbulkan iritasi dengan pendarahan dan gatal.



Perkara yang perlu diberi perhatian bahawa gejala barah juga  boleh terjadi seperti gejala buasir maka adalah penting dilakukan pemeriksaan oleh doktor bertauliah. 



Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com

PENYEBAB BUASIR


Apakah Penyebab Buasir?

Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan saat membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi dan tabiat duduk di toilet terlalu lama sambil membaca atau mendengar muzik.


PENYEBAB UTAMANYA


■  Sentiasa duduk

■ Meneran (ketika najis keras atau sembelit) Salah satu penyebab utama buasir adalah kebiasaan meneran yang berlebihan diwaktu  membuang air besar yang kemungkinan diakibatkan oleh konstipasi.

■  Cirit-birit

■  Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama sambil membaca    atau mendengar muzik

■  Batuk yang teruk

■  Bersalin

■  Mengangkat berat

Faktor lain yang termasuk diantaranya adalah Kehamilan, Proses Penuaan, Konstipasi Kronik atau Diarrhea serta Hubungan Sex melaluai Anal. Buasir sering terjadi di dalam ahli keluarga, jadi Faktor Keturunan adalah salah satu faktor penting terutamanya apabila buasir terjadi pada umur yang agak muda.


Faktor lain yang termasuk diantaranya adalah Kehamilan, Proses Penuaan, Konstipasi Kronik atau Diarrhea serta Hubungan Sex melaluai Anal. Buasir sering terjadi di dalam ahli keluarga, jadi Faktor Keturunan adalah salah satu faktor penting terutamanya apabila buasir terjadi pada umur yang agak muda.

drbuasir

Hubungi klinik untuk temujanji sekarang

Tel : 03 77271360
Mobile Dr Zul : +6012 3372062
Email : drbuasir@gmail.com

APAKAH SEBENARNYA BUASIR?


APAKAH SEBENARNYA BUASIR?
Pemahaman perubatan dahulu menganggap bahawa Buasir atau Hemorrhoid adalah akibat dari  pembengkakan jaringan  pembuluh darah vena atau pun ianya dianggap sebagai ‘varicose vein’ di daerah anus dan rectum.



Kajian saintifik terbaru membuktikan bahawa buasir sebenarnya adalah disebabkan pembengkakkan dan  pergerakan kebawah ‘anal cushions’ iaitu suatu struktur normal yang terdapat dibahagian hujung ‘rectum’. ‘Anal cushions’ ini terdapat secara semula jadi pada semua orang termasuk bayi yang baru lahir dan ia adalah struktur menebal yang terdapat dibahagian lapisan dalam dihujung rectum sehingga ke bahagian atas anal canal yang mengandungi saluran darah arteri dan venus, tisu elastic dan juga tisu fiber.



‘Anal cushion’ ini berfungsi untuk memberikan “Fine Control” kepada ‘anal sphincter’. Ia akan menjadi buasir bila membengkak dan bergeser kebawah. Sekiranya kesemua bahagian ‘anal cushions’ ini dibuang kita akan mengalami kekurangan sekitar 20% kawalan ‘anal sphinter’ dan akan menyebabkan kita akan mengalami kesukaran untuk mengawal ‘kentut’ dan pembuangan najis.

Penyakit buasir sebenarnya mudah dicegah dan rawatan nya adalah tidak terlalu sukar sekiranya dirawat sebaik saja gejala-gejalanya mula di kesan.Tanpa rawatan awal buasir cenderung progresif dan bertambah teruk dari masa ke semasa.

Penyakit ini mempengaruhi sekitar 89% populasi Amerika di suatu waktu dalam hidupnya. Bahkan pada suatu penelitian disebutkan bahawa sekitar setengah dari orang sihat yang diperiksa memiliki buasir dengan tahap tertentu.